Telur Dadar Crabstick dan Sayuran

Mulakan hari anda dengan sarapan yang berkhasiat. Inilah resepi Telur Dadar Crabstick dan Sayuran kami!

Telur dadar sememangnya kegemaran ramai. Kaya dengan protein, ianya sarapan yang sempurna yang memastikan anda kekal kenyang sehingga tengah hari. Hidangan ini juga mungkin adalah antara hidangan yang paling mudah disediakan. Apa yang kami tak jemu-jemu dengan telur dadar adalah bahawa anda boleh tambahkan apa saja yang anda suka kepadanya.

Hari ini, QL Kitchen mengubah sikit resepi telur dadar yang biasa. Kami menggunakan telur QL Omega dan Filamen Crab Stick QL Mushroom sebagai ramuan utama. Kemudian, kami tambahkan sayuran seperti lada Benggala, bawang atau daun bawang untuk khasiat dan serat tambahan. Telur QL Omega mengandungi 50% lebih kurang kolestrol berbanding dengan telur biasa, kerana ayam-ayam kita dibela dengan makanan yang deperkayakan dengan omega-3 dan adalah bebas dari antibiotik.

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 10 minit
Sajian untuk: 2-3

Bahan-bahan

4 bijitelur QL Omega, dipukul
4 batangFilamen Crab Stick QL MUSHROOM, dipotong ketulan kecil
2 sudu besarminyak masak
1/2 bijibawang besar, bersaiz sederhana dan dicincang
1/2 bijilada Benggala, bersaiz sederhana dan dipotong kiub kecil
2 batangdaun bawang, dicincang
Lada dan garam (secukup rasa)

Langkah Penyediaan

  1. Panaskan 1 sudu besar minyak masak di dalam kuali kecil atau sederhana. Pusarkan kuali supaya minyak tersebar serata.
  2. Masukkan kiub bawang dan tumis sehingga hampir layu, tambahkan lada Benggala, daun bawang dan Filamen Crab Stick QL Mushroom. Masak selama 2 minit lagi sebelum mematikan api.
  3. Tuangkan campuran yang ditumis ke dalam telur yang telah dipukul. Tambahkan garam dan lada secukup rasa dan gaulkan.
  4. Panaskan 1 sudu besar minyak masak di kuali yang sama, tuangkan masuk campuran telur-sayuran dan goreng atas api sederhana rendah sehingga bawahnya perang. Gunakan senduk untuk lipatkan telur dadar di tengah, dan goreng sebelah satu lagi selama seminit untuk memastikan telur dadah masak sepenuhnya. (anda juga boleh terbalikkan seluruh telur dadar untuk gorengkan sebelah atasnya)
  5. Pindahkan ke pinggan dan hidangkan serta-merta.

Petua QL Kitchen:

  • Ramuan lain yang anda boleh guna untuk telur dadar termasuklah cendawan butang, tomato yang dipotong kiub, udang, cincangan ayam dan sebagainya
  • Kami juga mempunyai produk lain seperti Hirisan Ayam QL Figo dan Sosej Ayam QL Figo yang anda boleh hiriskan dan sesuai dimasak bersama dengan telur dadar anda.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

To find out more about MUSHROOM products and where to purchase, click here.

 

About the author