Spaghetti Carbonara adalah hidangan pasta yang memang popular dan digemari ramai tak kira dewasa ataupun kanak-kanak. Akan tetapi, ianya hidangan yang kami biasanya makan di restoran. Jikalau disediakan di rumah, biasanya sos carbonara sedia masak yang terdapat di pasaraya akan digunakan. Alangkah baiknya jika kita tahu betapa mudahnya untuk menyediakan sos sendiri!
Rahsia untuk resepi Carbonara yang baik? Teknik yang betul dan ramuan yang segar. Ramuan yang paling penting untuk menyediakan sos carbonara yang enak adalah telur dan keju Parmesan, dengan garam dan lada untuk rasa, tetapi ada juga resepi yang menambahkan krim. Pastikan telur yang anda gunakan betul-betul segar kerana ianya dimasak menggunakan baki kehangatan dari pasta, yang menghasilkan tekstur berkrim tanpa gumpalan. Untuk ini, anda perlu mengetahui teknik yang betul.
Telur QL Deli Fresh adalah pilihan yang sesuai untuk menyediakan sos carbonara kerana telur kami dihasilkan di persekitaran yang selamat dan sihat. Dengan ini, hasilnya adalah telur segar yang bersih, berkhasiat dan lebih kurang kandungan kolestrolnya (40% lebih kurang) berbanding dengan telur biasa di pasaran.
Digabungkan bersama cendawan butang yang segar dan Hirisan Ayam Figo, yang diperbuat menggunakan daging ayam berkualiti tinggi (tanpa kulit atau lemak ayam) dan surimi (protein ikan), hidangan pasta ini tentu mengagumkan si istimewa anda.
Bahan-bahan
1 paket | spaghetti kering (500g) |
---|---|
2 sudu besar | minyak zaitun extra-virgin |
6 hiris | Hirisan Ayam Figo, dipotong kecil |
12 - 14 biji | cendawan butang atau Swiss Brown segar, dihiris |
4 ulas | bawang putih, dicincang |
1 cawan | parutan keju Parmesan (juga dikenali sebagai Parmaigiano-Reggiano dalam bahasa Itali) |
2 biji | telur QL Deli Fresh |
¼ cawan | krim putar (whipping cream) |
Lada hitam yang dikisar segar | |
Garam secukup rasa | |
Parsli Itali sebagai perhiasan (terpulang) |
Langkah Penyediaan
- Masak spaghetti di dalam air mendidih dengan ¼ sudu teh garam mengikut langkah memasak di paket. Ianya penting untuk menyediakan sos semasa pasta sedang dimasak kerana anda memerlukan pasta yang panas untuk meneruskan pemasakan telur mentah dalam campuran sos.
- Bila spaghetti hampir masak, panaskan minyak zauitun di kuali atas api sederhana. Gorengkan bawang putih, hirisan cendawan dan Hirisan Ayam Figo selama 3 – 4 minit sehingga cendawan masak.
- Pukulkan telur, keju Parmesan dan krim dalam mangkuk sehingga sebati. Tambahkan garam dan lada hitam untuk rasa.
- Salirkan spaghetti sehingga kering dan gaulkan dalam kuali selama 2 – 3 minit dengan menggunakan sepasang penyepit. Biarkan air panas di periuk untuk mencairkan sos carbonara nanti.
- Matikan api kuali dan tuangkan campuran telur/keju/krim ke atas pasta, dan gunakan penyepit untuk gaulkan spaghetti sehingga campuran telur memekat tetapi tidak menggumpal. (anda mesti memastikan api ditutup dahulu untuk mengelakkan sos carbonara dari menggumpal)
- Cairkan sos dengan 1 – 2 sudu besar air rebusan pasta jika perlu.
- Hidangkan dengan serta merta, ditabur dengan parutan keju Parmesan tambahan dan lada hitam kisar jika suka. Hiaskan dengan parsli Itali.
Petua QL Kitchen:
- Anda boleh gunakan jenis pasta lain seperti linguine atau fettuccine untuk menggantikan spaghetti.
- Anda boleh memasak sos carbonara tanpa menggunakan krim, atau gantikan dengan susu jika suka.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai QL Figo Foods dan di mana anda boleh mendapatkannya, sila klik di sini.