Biskut Thumbprint Red Velvet

Nikmatilah resepi Biskut Thumbprint Red Velvet yang enak dan unik ini!

Biskut thumbprint (corak ibu jari) biasanya terdiri daripada biskut putih yang berisi dengan jem yang merah. Resepi biskut thumbprint ini berbeza di mana warna adunan dan inti diterbalikkan, dengan adunan biskut yang merah dan inti coklat putih. Dengan menggunakan coklat untuk mengisi biskut ini, ia akan membolehkan biskut ini diisi dengan awal di mana biskut tidak akan melembut bila disimpan.

Kami menggunakan telur QL Deli Fresh untuk resepi Biskut Thumbprint Red Velvet ini, di mana ianya terdapat di mana-mana pasaraya yang terkemuka di Malaysia.

 

Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 12 minit
Menghasilkan: 50 ketul

Bahan-bahan

350 gtepung biasa
¼ sudu tehgaram
170 gmentega tanpa garam, dilembutkan
115 ggula pasir halus
½ sudu tehextract vanila
1 sudu tehpewarna merah
1 bijikuning telur QL Deli Fresh
Coklat putih (mencukupi untuk mengisi biskut)

Langkah Penyediaan

  1. Ayakkan tepung dan garam di dalam mangkuk. Gaulkan serata dan biarkan seketika.
  2. Pukulkan mentega dan gula sehingga gebu. Kemudian, pukulkan masuk kuning telur QL Deli Fresh dan tambahkan extract vanila serta pewarna merah. Pukulkan sehingga sebati.
  3. Dengan perlahan, tambahkan campuran tepung senduk demi senduk. Pastikan dasar mangkuk digaul dari semasa ke semasa untuk memastikan adunan digaul sebati.
  4. Ambilkan lebih kurang sesudu besar adunannya, dan adunkan beberapa kali sebelum dibentuk kepada bebola yang bersaiz lebih kurang 1 inci diameternya (lebih kurang 13g sebiji). Letakkan bebola adunan sejauh 2 inci pada dulang biskut.
  5. Tekankan lengkuk di tengah setiap bebola adunan dengan ibu jari.
  6. Bakar pada 180°C selama 10 – 12 minit.
  7. Setelah siap, alihkan biskut kepada rak dawai untuknya menyejuk.
  8. Cairkan coklat putih dan masukkannya ke dalam beg piping. Paipkan coklat kepada lengkuk setiap biskut.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author