Swiss Roll Matcha & Kacang Merah QL

Nikmatilah ketenangan dan keindahan teh hijau dan kemanisan kacang merah di dalam Swiss Roll Matcha dan Kacang Merah ini.

Kek teh hijau yang ringan gebu di luar, krim berisi kacang merah manis di dalam. Kongsilah bersama kawan dan keluarga anda!

 

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 20 minit
Sajian untuk: 4 - 5

Bahan-bahan

Kek Span Matcha (A):
100 gkuning telur QL Omega
30 gminyak masak
50 gsusu
15 gserbuk teh hijau
70 gtepung biasa
Secubit garam
1 bijitelur QL Omega
Kek Span Matcha (B):
190 gputih telur QL Omega
2 gkrim tartar
90 ggula
Inti Krim:
200 mlkrim
3 sudu besargula aising
½ sudu tehesen vanila
80 gkacang merah (direbus hingga lembut dan direndam di dalam sirap gula)

Langkah Penyediaan

  1. Panaskan ketuhar kepada 170°C. Alaskan dulang biskut dengan kertas parchment.
  2. Di dalam mangkuk yang besar, pukulkan bersama kuning telur QL Omega dan minyak masak. Kemudian, tambahkan susu.
  3. Tambahkan masuk tepung, serbuk teh hijau dan garam yang telah diayak, diikuti dengan 1 biji telur QL Omega. Gaul sebati.
  4. Dalam mangkuk yang bersih, pukulkan putih telur QL Omega hingga berbuih. Tambahkan gula dan krim tartar secara beransuran, dan teruskan memukul sehingga puncak lembut dicapai.
  5. Lipatkan masuk satu pertiga (B) ke dalam (A) dan gaul sebati, dan lipatkan masuk bakinya sehingga semuanya sebati.
  6. Tuangkan campuran ke atas dulang dan ketukkan dulang untuk meratakan permukaannya.
  7. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan selama 15 – 20 minit atau hingga kek masak.
  8. Untuk menyediakan inti krim, pukulkan krim, gula aising dan esen vanila hingga puncak lembut dicapai.
  9. Bila kek telah masak, ketukkan dulang beberapa kali. Luncurkan kek dari dulang dan biarkannya menyejuk di atas rak dawai.
  10. Setelah kek sejuk, alaskan permukaan atas dengan sehelai lagi kertas parchment dan terbalikkan kek. Kupaskan kertas parchment yang masak bersama kek tadi, dengan berhati-hati. Sapukan krim berinti kacang merah ke atas kek dan gulungkan dari sisi yang pendek.
  11. Biarkan kek menyejuk di dalam peti sejuk untuk sekurang-kurangnya 1 jam. Potong sebelum menyaji.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author