Lobster Roll Keju

Inilah kombo yang akan membangunkan deria rasa anda dalam cara yang baik: keju bersama bebola udang karang!. Cubalah Lobster Roll Keju savori ini bersama kawan-kawan dan keluarga anda.

Resepi ini cukup untuk 4 orang, sempurna sebagai sarapan pagi.

 

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 10 minit
Sajian untuk: 4

Bahan-bahan

3 sudu besarcream cheese
½ cawanmayonis
2 sudu tehdaun kucai, dicincang
¼ cawanbawang merah kecil, dicincang
2 sudu besardaun saderi, dicincang
½ sudu tehgaram
¼ sudu tehlada putih
Sedikit sos tabasco
4roti hot dog
3 sudu besarmentega, dicairkan
4 cawanBebola Udang Karang MUSHROOM, dihiris
1 sudu besarjus lemon segar

Langkah Penyediaan

  1. Gabungkan cream cheese, mayonis, daun kucai, bawang merah, saderi, garam, lada dan sos tabasco di dalam mangkuk. Gaul sebati.
  2. Panaskan kuali atas api sederhana. Bukakan roti hot dog dan sapukannya dengan 2 sudu besar mentega cair.
  3. Letakkan sebelah yang disapukan dengan mentega ke atas kuali dan masak sehingga ia perang keemasan lebih kurang 4 minit. Keluarkan dan ketepikan seketika.
  4. Dalam kuali yang sama, tambahkan 1 sudu besar mentega, Bebola Udang Karang MUSHROOM dan jus lemon.
  5. Lambungkan dengan ringan untuk memastikan Bebola Udang Karang MUSHROOM diselaputi sepenuhnya dan dipanaskan – tidak lebih daripada 30 saat.
  6. Tambahkan Bebola Udang Karang MUSHROOM yang panas ke dalam campuran krim dan gaul dengan perlahan.
  7. Isikan setiap roti hot dog dengan campuran bebola udang karang.
  8. Sajikan dengan serta merta.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

 

About the author