Inilah kombo yang akan membangunkan deria rasa anda dalam cara yang baik: keju bersama bebola udang karang!. Cubalah Lobster Roll Keju savori ini bersama kawan-kawan dan keluarga anda.
Resepi ini cukup untuk 4 orang, sempurna sebagai sarapan pagi.
Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 10 minit
Sajian untuk: 4
Bahan-bahan
3 sudu besar | cream cheese |
---|---|
½ cawan | mayonis |
2 sudu teh | daun kucai, dicincang |
¼ cawan | bawang merah kecil, dicincang |
2 sudu besar | daun saderi, dicincang |
½ sudu teh | garam |
¼ sudu teh | lada putih |
Sedikit sos tabasco | |
4 | roti hot dog |
3 sudu besar | mentega, dicairkan |
4 cawan | Bebola Udang Karang MUSHROOM, dihiris |
1 sudu besar | jus lemon segar |
Langkah Penyediaan
- Gabungkan cream cheese, mayonis, daun kucai, bawang merah, saderi, garam, lada dan sos tabasco di dalam mangkuk. Gaul sebati.
- Panaskan kuali atas api sederhana. Bukakan roti hot dog dan sapukannya dengan 2 sudu besar mentega cair.
- Letakkan sebelah yang disapukan dengan mentega ke atas kuali dan masak sehingga ia perang keemasan lebih kurang 4 minit. Keluarkan dan ketepikan seketika.
- Dalam kuali yang sama, tambahkan 1 sudu besar mentega, Bebola Udang Karang MUSHROOM dan jus lemon.
- Lambungkan dengan ringan untuk memastikan Bebola Udang Karang MUSHROOM diselaputi sepenuhnya dan dipanaskan – tidak lebih daripada 30 saat.
- Tambahkan Bebola Udang Karang MUSHROOM yang panas ke dalam campuran krim dan gaul dengan perlahan.
- Isikan setiap roti hot dog dengan campuran bebola udang karang.
- Sajikan dengan serta merta.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.