Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 60 minit
Menghasilkan: 60 ketul
Bahan-bahan
220 g | mentega, dilembutkan |
---|---|
100 g | gula aising |
2 biji | telur QL Omega |
240 g | tepung + lebih untuk permukaan meja |
120 g | tepung jagung |
30 g | badam kisar |
1 sudu besar | emulco pandan |
Langkah Penyediaan
- Krimkan mentega sehingga ringan dan tambahkan gula aising, pukul hingga gebu. Tambahkan telur QL Omega sebiji demi sebiji dan pukul hingga sebati.
- Dalam mangkuk yang berlainan, campurkan bersama tepung, tepung gandum dan badam kisar. Lipatkan masuk campuran tepung ke dalam campuran mentega sehingga ianya sebati.
- Letakkan campuran ke atas permukaan yang ditabur dengan tepung dan adunkan sehingga adunan terbentuk.
- Bahagikan adunan kepada dua. Letakkan satu bahagian ke dalam mangkuk dan adunkan masuk emulco pandan.
- Bahagikan kedua-dua adunan kepada 3 ketul untuk setiap satu.
- Gelekkan setiap ketul adunan atas permukaan yang bertepung kepada segi empat bersaiz 5 inci.
- Hasilkan 2 set adunan 3 lapis, selang-selikan antara adunan biasa dan adunan pandan. Ulangi langkah ini sehingga semua adunan digunakan. Balutkan adunan dengan pembalut plastik dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
- Potongkan adunan secara memanjang lebar ½ inci untuk kedua-dua set adunan. Hasilkan lapis pertama dengan meletakkan jalur pandan di atas jalur vanila, diikuti dengan jalur vanila di atas jalur pandan, dan akhirnya jalur pandan atas jalur vanila.
- Hasilkan lapis ketiga dalam aturan bertentangan, untuk menghasilkan corak berpetak. Ulangi proses ini untuk baki adunan. Balutkan setiap batang adunan dengan pembalut plastik dan sejukkan di dalam peti sejuk untuk 30 minit lagi.
- Potongkan setiap batang adunan kepada kepingan setebal ¼ inci dan susunkan di atas dulang biskut.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 160°C selama 10-12 minit atau sehingga berwarna emas ringan.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.