Bahan-bahan
| 170 g | tepung protein tinggi |
|---|---|
| 9 g | serbuk susu |
| 2 g | garam |
| 34 g | gula pasir |
| 13 g | chia seed |
| 30 g | mentega tanpa garam |
| 34 g | telur QL Omega |
| 50 g | ubi kentang rebus, dilenyek |
| 42 g | ubi kentang, dipotong kiub |
| 68 ml | air sejuk |
| 1 sudu teh | yis segera kering |
| 1 biji | telur QL Omega, dipukul ringan untuk egg wash |
| ½ sudu teh | chia seed untuk menabur |
Langkah Penyediaan
- Bakar 42g kentang selama 10 minit dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 200°C. Ketepikan untuknya menyejuk.
- Sebatikan yis, gula dan air di dalam mangkuk dan tutupkannya. Biarkan di tempat yang suam selama 20 minit atau sehingga yis berbuih dan aktiv. Kemudian, tambahkan kentang lenyek.
- Di dalam mesin mixer dengan kepala mengadun, tambahkan tepung, susu, garam dan campuran yis. Adunkan sehingga sebati.
- Tambahkan mentega dan telur QL Omega. Adun selama 5-7 minit lagi sehingga semua ramuan sebati.
- Keluarkan adunan dari mixer dan adunkan kepada bentuk bola. Letakkan di dalam mangkuk dan tutupkannya. Biarkannya untuknya naik selama 90 minit.
- Tumbukkan adunan untuk mengeluarkan udara darinya, tambahkan chia seed dan kentang bakar. Adun selama 3-4 minit.
- Ulikan adunan kepada ketebalan 3cm dan potong kepada segi empat 4x4 cm. Ulangi dengan baki adunan.
- Gulungkan adunan kepada bebola dan letakkan di atas dulang yang telah dialas dengan kertas parchment.
- Tekankan adunan dengan ringan dan beruskan dengan egg wash. Taburkan sedikit chia seed ke atasnya.
- Biarkannya naik selama 20 minit lagi.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 15 minit atau sehingga ia berwana perang.

















