Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 40 minit
Menghasilkan: 2 kuih
Bahan-bahan
| 8 helai | daun pandan |
|---|---|
| 300 ml | air |
| 2 biji | telur QL Omega |
| 90 g | gula |
| 300 ml | santan |
| 210 g | tepung biasa |
| ½ sudu teh | garam |
| Pewarna hijau yang secukupnya | |
| 1 sudu besar | marjerin, dicairkan |
| 1-2 sudu besar | biji bijan |
| Minyak untuk menyapu/menyalut |
Langkah Penyediaan
- Kisarkan daun pandan dan air bersama. Kemudian, tapiskan ke dalam jag besar.
- Pukulkan telur QL Omega, gula dan santan bersama. Tambahkan masuk jus pandan dan pewarna hijau.
- Gabungkan tepung dan garam di dalam mangkuk yang besar. Tambahkan campuran tepung ke dalam campuran pandan-santan.
- Tapiskan ke dalam jag.
- Panaskan ketuhar kepada 180°C. Setelah ketuhar telah dipanaskan, masukkan acuan ke dalam ketuhar selama 5 minit.
- Sapukan acuan dengan sedikit minyak. Tuangkan campuran ke dalam acuan.
- Pasangkan timer kepada 40 minit, sapukan dengan marjerin cair dan taburkan biji bijan selepas membakar 20 minit.
- Teruskan membakar sehingga masak. Biarkannya menyejuk dahulu sebelum memotong.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.












