Makanan Laut Sizzling

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 20 minit
Sajian untuk: 4

Bahan-bahan

1 bijitomato, dibelah 4
2 sudu besarminyak
4 sudu tehpes cili
1 sudu tehudang kering kisar
1 sudu tehgula
1 cawanstok ayam
1 batangcili merah, dibelah tengah
3 bijilada Bengala pelbagai warna, dihiris nipis
1 bijibawang merah Bombay, dihiris nipis
30 gcendawan shimeji
1 batanglobak merah, dihiris
4 batangjagung kecil
4 biji Filamen Ikan QQ MUSHROOM
4 biji Mini Chikuwa MUSHROOM
4 ketulImitation Crab Claw MUSHROOM
Garam dan lada secukup rasa
Daun limau purut
Beberapa tangkal basil Thai
½ biji limau

Langkah Penyediaan

  1. Panaskan minyak di dalam kuali, dan tambahkan ¾ bawang merah dan tumis sehingga lembut. Tambahkan pes cili dan gula dan tumis untuk beberapa minit lagi.
  2. Tambahkan masuk daun limau purut, lobak merah, lada Bengala, cendawan shimeji, cili merah, tomoto, jagung dan udang kering, goreng atas api besar untuk beberapa minit.
  3. Tambahkan masuk Filamen Ikan QQ MUSHROOM, Imitation Crab Claw MUSHROOM, Mini Chikuwa MUSHROOM dan tuangkan masuk stok ayam.
  4. Goreng atas api besar sehingga sos mengurang dan memekat, ini memakan masa lebih kurang 3-4 minit. Perisakan secukup rasa.
  5. Sementara itu, panaskan hot plate sejurus sebelum sedia untuk menghidang.
  6. Tuangkan lauk yang telah ditumis ke atas hot plate, tambahkan baki bawang merah, basil Thai dan limau. Sajikan dengan serta merta bila ia masih sizzling.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

 

About the author