Roti Pull-Apart Totoro

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 20 minit
Masa mengunggu: 50 minit
Menghasilkan: 1

Bahan-bahan

Adunan:
250 gtepung roti
60 gtepung biasa
60 ggula
8 gyis
60 gmentega
100 mlsusu
55 gair
25 gtelur QL Omega (gunakan bakinya sebagai egg wash untuk menyapu)
Mata Totoro’s:
50 gfondant putih
40 gcoklat, dicairkan
Gula aising

Langkah Penyediaan

  1. Di dalam mangkuk, tambahkan masuk telur QL Omega dan ramuan adunan yang lain. Adunkan sehingga adunan terbentuk. Balutkan mangkuk dengan pembalut cling wrap dan biarkannya rehat selama 30 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada 12 bebola yang beratnya 50g setiap satu untuk membentukkan badan Totoro dan bakinya digunakan untuk telinga Totoro. Bentukkan baki adunan kepada bebola kecil dan lekatkannya kepada adunan yang besar untuk telinga Totoro.
  3. Salutkan acuan kek chiffon dengan mentega sebelum meletakkan 6 Totoro ke dalamnya. Tutupkan dengan pembalit cling wrap dan biarkan adunan mengembang selama 20 minit.
  4. Sapukan egg wash ke atas adunan dengan menggunakan telur QL Omega dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 160°C selama 15-20minit. Keluarkan dan biarkannya menyejuk.
  5. Setelah roti sejuk, sapukan gula aising sebagai perut Totoro.
  6. Bentukkan mata Totoro dengan fondant putih. Paipkan coklat cair untuk butir-butir yang selainnya.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author