Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 15 minit
Menghasilkan: 12
Bahan-bahan
240 g | tepung | |
---|---|---|
2 sudu besar | serbuk penaik | |
480 ml | susu suam | |
80 g | mentega cair | |
2 biji | kuning telur QL Omega | |
2 biji | putih telur QL Omega | |
15 g | gula | |
Perhiasan: | ||
100 ml | madu | |
Strawberi segar | ||
Blueberi segar |
Langkah Penyediaan
- Di dalam mangkuk sederhana, masukkan tepung yang diayakkan dan serbuk penaik. Gaul sebati dan ketepikan.
- Di dalam mangkuk yang berlainan, tambahkan susu suam, mentega cair dan kuning telur QL Omega. Gaul sebati.
- Tuangkan campuran susu suam ke dalam campuran tepung dan gaul sebati dengan pemukul whisk.
- Di dalam mangkuk yang lain, pukulkan putih telur QL Omega sehingga gebu dan tambahkan gula secara beransuran. Terus memukul sehingga puncak yang sederhana dicapai.
- Lipatkan ⅓ campuran putih telur QL Omega ke dalam campuran. Kemudian, lipatkan masuk baki campuran putih telur.
- Panaskan kuali di atas api sederhana dan sapukan sedikit minyak ke atas permukaan kuali. Tuangkan masuk 3 senduk campuran dan tutupkan penutup.
- Setelah ia mula berbuih, terbalikkan pancake dan masak untuk 30 saat lagi. Ulangi dengan baki campuran.
- Hiasi dengan beri segar dan tuangkan madu sebelum menyaji.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.