Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 20 minit
Sajian untuk: 4 - 6
Bahan-bahan
Ramuan A: | ||
---|---|---|
40 g | gula kastor | |
50 g | mentega tanpa garam | |
250 g | cream cheese | |
100 ml | susu segar | |
1 sudu besar | jus lemon | |
Ramuan B: | ||
6 biji | putih telur QL Omega | |
100 g | gula | |
¼ sudu teh | krim tartar | |
Ramuan C: | ||
60 g | tepung | |
20 g | tepung jagung | |
¼ sudu teh | garam | |
6 | kuning telur QL Omega | |
Perhiasan: | ||
Serbuk teh hijau | ||
Strawberi |
Langkah Penyediaan
- Panaskan ketuhar kepada 160°C.
- Gabungkan semua ramuan A di dalam mangkuk double boiler, teruskan memukul dengan pemukul dawai dan biarkan sehingga mendidih.
- Gabungkan semua ramuan B di dalam mangkuk. Pukulkan dengan kelajuan pantas sehingga puncak tegar diperolehi.
- Gabungkan ramuan C, campurkan ke dalam campuran ramuan A, dan lipatkan masuk campuan ke dalam campuran ramuan B.
- Sudukan campuran yang siap ke dalam tin kek.
- Bakar dengan stim (steam bake) selama 20-30 minit pada 160°C.
- Hiaskan dengan serbuk teh hijau dan strawberi.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.