Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 55 minit
Menghasilkan: 1 kek besar
Bahan-bahan
Ramuan A: | ||
---|---|---|
250 g | cream cheese, dilembutkan | |
50 g | gula kastor | |
1 biji | telur QL Omega | |
1 sudu besar | air | |
1 sudu besar | tepung | |
Ramuan B: | ||
2 biji | telur QL Omega | |
200 g | gula | |
1 sudu teh | esen vanila | |
125 ml | air panas | |
125 ml | susu | |
125 ml | minyak sayuran | |
125 g | tepung, diayak | |
4 sudu besar | serbuk koko, diayak | |
1 sudu teh | soda bikarbonat | |
½ sudu teh | serbuk penaik | |
Secubit garam |
Langkah Penyediaan
- Mulakan dengan Ramuan A. Tambahkan cream cheese dan gula di dalam mangkuk dan pukul hingga licin sebati.
- Kemudian, tambahkan telur QL Omega, air dan tepung. Pukulkan hingga licin dan biarkannya rehat.
- Seterusnya, kita menyediakan Ramuan B pula. Tambahkan telur QL Omega dan gula di dalam mangkuk dan pukul hingga gebu. Kemudian, tambahkan esen vanila dan garam, dan pukul sebati.
- Tuangkan masuk air panas, susu dan minyak sayuran, pukul dengan perlahan.
- Gaulkan masuk tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan serbuk penaik. Lipatkan campuran bersama sehingga sebati.
- Di dalam tin kek 8x8x3 inci, minyakkan dan alaskan dengan kertas parchment. Pada masa yang sama, balutkan bahagian dasar di luar dengan aluminium foil.
- Tuangkan separuh campuran koko dan tutupkan tin kek dengan aluminium foil. Rebus selama 20 minit.
- Setelah lapisan bawah direbus, keluarkan dari steamer dan tuangkan masuk semua campuran cream cheese di atasnya. Tutupkan semula dengan aluminium foil dan rebus selama 15 minit lagi.
- Lepas itu, tuangkan baki campuran koko di atasnya. Tutupkan balik dengan aluminium foil dan rebus selama 20 minit lagi.
- Keluarkan dari steamber, biarkannya menyejuk dan sejukkan di dalam peti sejuk sebelum memotong.
Petua QL Chef:
- Lebih elok jika disejukkan di dalam peti sejuk semalaman.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.