Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 45 minit
Menghasilkan: 30-40 biji
Bahan-bahan
Cawan Pie Tee: | ||
---|---|---|
50 g | tepung gandum | |
25 g | tepung jagung | |
55 g | tepung beras | |
¼ sudu teh | garam | |
1 biji | telur Omega QL, pukul ringan | |
200 ml | air | |
Minyak masak untuk menggoreng, kedalaman 3 inci | ||
Inti: | ||
30 ml | minyak masak | |
150 g | Filamen Berperisa Ketam QL Mushroom (Imitation Crabstick), hiris halus memanjang | |
5 ulas | bawang putih, cincang halus | |
1 sudu besar | pes kacang soya (taucu) | |
500 g | sengkuang, hiris halus memanjang | |
500 ml | air | |
1 sudu besar | kicap cair | |
¼ sudu teh | kicap pekat | |
1 sudu besar | gula | |
Garam secukup rasa | ||
Hiasan: | ||
2 tangkal | daun ketumbar, cincang kasar | |
Filamen Berperisa Ketam QL Mushroom (Imitation Crabstick) rangup, hiris halus memanjang dan goreng | ||
Sambal untuk hidangan |
Langkah Penyediaan
- Ayakkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras.
- Masukkan garam dan telur Omega QL, gaul sehingga sebati. Masukkan air perlahan-lahan dan pukul ringan sehingga menjadi adunan rata.
- Tapiskan adunan dan biarkan selama 30 minit.
- Panaskan minyak masak di dalam periuk yang dalam, rendam acuan pie tee ke dalam minyak masak panas selama 5 minit. Pastikan acuan pie tee tidak terlalu panas.
- Angkat dan toskan minyak masak yang berlebihan, celup acuan yang panas ke dalam adunan ¾ penuh. Angkat dan rendam ke dalam minyak masak panas.
- Biarkan kulit mengeras dan sedikit keperangan sebelum dikeluarkan dari acuannya. Goreng sehingga cawan menjadi warna keemasan. Ulangi langkah sehingga semua adunan habis.
- Angkat dan biar sejuk di atas tissue dapur. Simpan di dalam bekas kedap udara.
- Panaskan minyak masak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan pes kacang soya dan tumis hingga naik minyak. Masukkan Filamen Berperisa Ketam QL Mushroom dan masak sehingga warna bertukar kepada kekuningan.
- Tukar kepada api kecil, masukkan sengkuang dan kacau sehingga sebati. Masukkan air dan panaskan sehingga medidih.
- Perisa dengan kicap, kicap pekat, garam dan gula. Reneh sengkuang sehingga lembut
- Untuk hiasan, goreng Filamen Berperisa Ketam QL Mushroom sehingga rangup.
- Untuk hidangan, isikan inti yang telah disejukkan kedalam cawan pie tee. Hias dengan daun ketumbar dan Filamen Berperisa Ketam QL Mushroom rangup.
- Hidangkan serta-merta dengan sambal.
Petua QL Chef:
- Untuk mengenal pasti suhu minyak masak yang bersesuian, rendamkan bahagian hujung chopstick yang tidak bervanis ke dalam minyak masak, ia akan berbuih di bahagian tepi chopstick jika minyak masak telah mencapai suhu yang sesuai, atau titiskan sedikit adunan ke dalam minyak masak dan adunan tersebut akan tenggelam ke bawah dan berapung balik ke permukaan minyak masak dengan serta merta.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.