Pizza Ayam dan Sayur Mudah

Ini dia resepi pizza kami yang enak. Penyediaannya mudah dengan menggunakan roti untuk menggantikan adunan tepung. Kami memperkenalkan PIZZA AYAM DAN SAYUR MUDAH.

Anda tidak memerlukan ketuhar yang menggunakan kayu ataupun menyediakan adunan tepung. Anda hanya perlukan Hirisan Ayam FIGO, yang diperbuat daripada daging ayam bermutu tinggi (kami tidak menggunakan kulit atau lemak ayam) dan surimi (protein ikan). Sediakan beberapa keping roti (lebih elok kalau roti gandum penuh atau roti germa gandum untuk khasiat dan sarat yang lebih), bawang besar yang dicincang, Lada Benggala berbagai warna, cendawan butang, pes tomato dan keju mozzarella atau cheddar.  Sekarang anda sedia untuk membuat ‘homemade pizza’ yang sudah tentu akan menawan hati seluruh keluarga dalam masa kurang dari 30 minit.

Membuat pizza ini dengan ahli-ahli keluarga anda adalah lebih menyeronokkan. Gunakan imaginasi anda! Gunakan bahan-bahan lain seperti kepingan atau kiub nanas dalam tin dan bawang cincang dengan Hirisan Ayam FIGO untuk dijadikan pizza ayam Hawaiian, atau dengan sayur-sayuran atau makanan laut pilihan anda untuk mandapatkan rasa dan khasiat tambahan. Anda juga boleh tukarkan roti dengan roti pita gandum penuh, terpulanglah kepada pilihan anda.

Hidangkan pizza tersebut untuk sarapan pagi, atau panaskannya di dalam ketuhar gelombang di tempat kerja untuk hidangan tengah-hari yang lazat.  Ini juga cara yang baik untuk menggalakkan kanak-kanak memakan lebih sayur-sayuran. Mereka sudah pasti akan teruja membawanya sebagai bekalan makan ke sekolah.

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 20 minit
Sajian untuk: 4

Bahan-bahan

4 kepingroti sandwich gandum penuh
4 kepingHirisan Ayam FIGO, dipotong kecil
4 sudu besarpes atau puri tomato
8 - 10 biji cendawan butang, dihiris
1 biji bawang besar, dicincang
1 cawanLada Benggala (merah, kuning atau hijau), dipotong dadu 1 cm
1/4 sudu tehcampuran herba Italian (sekiranya perlu)
100 gkeju Mozzarella atau Cheddar yang sudah dicabik-cabik

Langkah Penyediaan

  1. Panaskan ketuhar ke paras 250 C
  2. Aturkan kepingan roti di atas talam ketuhar. Sapukan 1 sudu besar pes tomato ke atas setiap keping roti dan taburkan sedikit campuran herba Italian ke atasnya (sekiranya perlu).
  3. Taburkan Hirisan Ayam FIGO ke atas roti, diikuti oleh cendawan butang, Lada Banggala dan bawang yang dicincang.
  4. Akhir sekali, taburkan keju di atas sayuran dan masukkan ke dalam ketuhar selama 15 hingga 20 minit, sehingga sayur-sayuraan masak dan keju cair sehingga perang keemasan. Hidangkan serta merta. Taburkan sedikit emping cili dan hancuran keju parmesan sekiranya perlu.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai QL Figo Foods dan di mana anda boleh mendapatkannya, sila klik di sini.

About the author