Soba Makanan Laut Bersalut Miso Madu

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 30 minit
Sajian untuk: 2

Bahan-bahan

1 sudu besarpes miso
1 sudu tehminyak bijan
3 sudu besarmadu
1 sudu tehparutan halia muda segar
2 sudu besarkicap cair
ΒΌ cawanstok ayam
Segenggam cendawan shimeji
6 ketul Filamen Ikan QQ MUSHROOM, dibelah tengah
6 ketul Sashimi Snow Crab MUSHROOM
1 sudu besaremping bonito
2rumpai laut rangup
Daun bawang, dicincang
Daun perilla, sebagai hiasan
1 paket mi soba, direbus mengikut arahan pada bungkusan

Langkah Penyediaan

  1. Gabungkan pes miso, madu, halia, kicap cair, minyak bijan dan stok ayam, dan kacau sebati.
  2. Perapkan Filamen Ikan QQ MUSHROOM, Sashimi Snow Crab MUSHROOM dan cendawan shimeji bersama selama 10 minit
  3. Rebuskan mi soba mengikut arahan pada bungkusan. Setelah masak, buangkan air dan letakkan di dalam mangkuk bersama daun perilla.
  4. Panaskan kuali pada api sederhana dan tumiskan campuran yang diperap selama 5 minit atau sehingga sos memekat. Matikan api.
  5. Tuangkan ke atas mi soba dan daun perilla. Hiasi dengan emping bonito, rumpai laut dan daun bawang.
  6. Gaul sebati sebelum menikmati.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

 

About the author