Tahun Baru Cina sentiasa menjadi waktu pilihan untuk menikmati hidangan klasik. Sinonim dengan hidangan ketika Festival Dongzhi (Festival Soltis musim dingin), bebola pulut (Tong Yuen) secara tradisionalnya adalah hidangan simbol keharmonian keluarga.
Untuk versi kali ini, selain menggunakan tepung beras, bebola pulut ini ditambah dengan 3 jenis kacang. Nikmati tekstur berlainan dengan kacang tanah masin, kacang pistachio dan bijan hitam.
Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 10 minit
Sajian untuk: 2 - 3 orang
Bahan-bahan
1 paket | Bebola Pulut Kacang Merah FIGO |
---|---|
40 g | kacang Tanah Masin, dihancurkan |
20 g | gula halus |
10 g | biji bijan hitam |
50 g | kacang Pistachio, dihancurkan |
Langkah Penyediaan
- Rebus Bebola Pulut Kacang Merah FIGO mengikut arahan pada bungkusan.
- Masukkan kacang tanah masin, biji bijan hitam dan kacang pistachio ke dalam 3 mangkuk berbeza dan bahagikan gula sama rata ke dalam ketiga-tiga mangkuk. Kacaukan.
- Apabila Bebola Pulut Kacang Merah Figo sudah tersedia, buangkan air sebanyak mungkin dengan munggunakan penapis.
- Bahagikan bebola pulut ke dalam 3 mangkuk yang mengandungi kacang and salutkan keseluruhan.
- Hidangkan semasa panas atau sejuk.
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai QL Figo Foods dan di mana anda boleh mendapatkannya, sila klik di sini.