Sup Tomyam Berkrim dengan Makanan Laut

Minggu ini, kami bertukar dari makanan parti yang mudah dan seronok kepada sup dan stew yang lazat seperti sup Tomyam ini. Sebabnya mudah, sup dan stew memang senang dan cepat disediakan, malah juga adalah hidangan yang sihat lagi lazat. Kita cuma memerlukan masa penyediaan yang singkat, lepas itu boleh relaks sementara menunggu hidangan kita masak.

Salah satu resepi Tomyam kegemaran kami adalah sup Tomyam makanan laut. Lazat dan penuh dengan rasa pedas, sup Tomyam makanan laut telah menjadi salah satu hidangan yang paling popular di Malaysia.

Terdapat banyak resepi Tomyam, terutamanya di negara asalnya, Thailand. Di Malaysia pula, versi popular termasuklah ikan, daging dan makanan laut. Tomyam juga dimasak dengan sayuran seperti cendawan, bawang, kubis bunga, jagung muda serta herba segar dan rempah ratus. Tambahkan pes cili/kuib perasa untuk rasa yang lebih menyelerakan.

Hidangkan sup Tomyam ini dengan nasi, atau mee hun yang telah dicelur jika anda suka. Tidak kira yang mana anda suka, sudah tentu ahli keluarga dan tetamu nak tambah lagi.

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 20 minit
Menghasilkan: 4

Bahan-bahan

5batang Filamen Berperisa Ketam QL MUSHROOM, dipotong setengah
10-15biji Bebola Ikan Goreng QL MUSHROOM (kecil)
300 gudang bersaiz sederhana
200 gsotong, dibersih dan dipotong cincin (ring)
200 glala
4ulas bawang putih, dicincang
3biji bawang merah kecil, dihiris nipis
1 sudu besarminyak masak
2 sudu besarpes Tomyam sedia guna
1ketul kiub perasa ayam
800 mlair
200 mlsusu sejat
2biji tomato bersaiz sederhana, dibelah
1biji bawang besar kuning, dibelah
200 gcendawan tiram segar, dibasuh dan dicabik
2 sudu besarsos ikan (atau secukup rasa)
3-4 sudu besarjus limau
Gula secukup rasa
Daun ketumbar sebagai perhiasan
Herba/rempah segar:
3batang serai, dihiris nipis
4-5keping lengkuas (ketebalan lebih kurang 3 – 5 mm)
5-6helai daun limau purut
4-5batang cili padi

Langkah Penyediaan

  1. Tumis bawang putih dan bawang merah dengan minyak masak sehingga wangi, masukkan pes Tomyam dan tumis untuk 2 minit lagi.
  2. Tuangkan air dan tambahkan kiub perasa ayam dan sos ikan. Masukkan herba/rempah segar dan biarkan mendidih. Masukan makanan laut dan produk makanan laut QL MUSHROOM dan reneh selama 2 – 3 minit.
  3. Tambahkan tomato, bawang kuning dan cendawan tiram; reneh dengan menggunakan api sederhana selama 2 – 3 minit.
  4. Masukkan jus limau, gula dan tambahkan sos ikan lebih jika perlu. Tuangkan masuk susu sejat, kacau seketika dan matikan api.
  5. Hiaskan dengan daun ketumbar sebelum dihidangkan, dan hidangkan bersama nasi atau mee hun.

Tip QL Kitchen

  • Anda boleh menggantikan makanan laut dengan ayam, daging dan tambahkan sayuran seperti lobak, kubis bunga dan jagung muda.
  • Anda juga boleh menggunakan 1000ml stok ayam untuk menggantikan air dan kuib perasa ayam.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

About the author