Minggu ini, kami bertukar dari makanan parti yang mudah dan seronok kepada sup dan stew yang lazat seperti sup Tomyam ini. Sebabnya mudah, sup dan stew memang senang dan cepat disediakan, malah juga adalah hidangan yang sihat lagi lazat. Kita cuma memerlukan masa penyediaan yang singkat, lepas itu boleh relaks sementara menunggu hidangan kita masak.
Salah satu resepi Tomyam kegemaran kami adalah sup Tomyam makanan laut. Lazat dan penuh dengan rasa pedas, sup Tomyam makanan laut telah menjadi salah satu hidangan yang paling popular di Malaysia.
Terdapat banyak resepi Tomyam, terutamanya di negara asalnya, Thailand. Di Malaysia pula, versi popular termasuklah ikan, daging dan makanan laut. Tomyam juga dimasak dengan sayuran seperti cendawan, bawang, kubis bunga, jagung muda serta herba segar dan rempah ratus. Tambahkan pes cili/kuib perasa untuk rasa yang lebih menyelerakan.
Hidangkan sup Tomyam ini dengan nasi, atau mee hun yang telah dicelur jika anda suka. Tidak kira yang mana anda suka, sudah tentu ahli keluarga dan tetamu nak tambah lagi.
Bahan-bahan
5 | batang Filamen Berperisa Ketam QL MUSHROOM, dipotong setengah | |
---|---|---|
10-15 | biji Bebola Ikan Goreng QL MUSHROOM (kecil) | |
300 g | udang bersaiz sederhana | |
200 g | sotong, dibersih dan dipotong cincin (ring) | |
200 g | lala | |
4 | ulas bawang putih, dicincang | |
3 | biji bawang merah kecil, dihiris nipis | |
1 sudu besar | minyak masak | |
2 sudu besar | pes Tomyam sedia guna | |
1 | ketul kiub perasa ayam | |
800 ml | air | |
200 ml | susu sejat | |
2 | biji tomato bersaiz sederhana, dibelah | |
1 | biji bawang besar kuning, dibelah | |
200 g | cendawan tiram segar, dibasuh dan dicabik | |
2 sudu besar | sos ikan (atau secukup rasa) | |
3-4 sudu besar | jus limau | |
Gula secukup rasa | ||
Daun ketumbar sebagai perhiasan | ||
Herba/rempah segar: | ||
3 | batang serai, dihiris nipis | |
4-5 | keping lengkuas (ketebalan lebih kurang 3 – 5 mm) | |
5-6 | helai daun limau purut | |
4-5 | batang cili padi |
Langkah Penyediaan
- Tumis bawang putih dan bawang merah dengan minyak masak sehingga wangi, masukkan pes Tomyam dan tumis untuk 2 minit lagi.
- Tuangkan air dan tambahkan kiub perasa ayam dan sos ikan. Masukkan herba/rempah segar dan biarkan mendidih. Masukan makanan laut dan produk makanan laut QL MUSHROOM dan reneh selama 2 – 3 minit.
- Tambahkan tomato, bawang kuning dan cendawan tiram; reneh dengan menggunakan api sederhana selama 2 – 3 minit.
- Masukkan jus limau, gula dan tambahkan sos ikan lebih jika perlu. Tuangkan masuk susu sejat, kacau seketika dan matikan api.
- Hiaskan dengan daun ketumbar sebelum dihidangkan, dan hidangkan bersama nasi atau mee hun.
Tip QL Kitchen
- Anda boleh menggantikan makanan laut dengan ayam, daging dan tambahkan sayuran seperti lobak, kubis bunga dan jagung muda.
- Anda juga boleh menggunakan 1000ml stok ayam untuk menggantikan air dan kuib perasa ayam.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.