Bot Telur Mini

Lazat, comel dan memuaskan pada masa yang sama dalam semulut, BOT TELUR MINI ini hidangan yang sesuai untuk kalangan dewasa dan kanak-kanak serupa.

Meneruskan tema snek ‘finger food’ musim perayaan kami, minggu ini kami memaparkan resepi telur yang anda boleh ubahsuai dan hiasi mengikut suka hati anda. Lepaskanlah imaginasi kreatif anda! Bot telur mini ini digubah dari ‘deviled eggs’, telur rebus yang dipotong setengah dan diisi dengan campuran kuning telur masak dan bahan lain seperti mayones atau mustard.

Anda perlu terdahulu merebus beberapa biji telur QL Omega. Telur QL Omega adalah pilihan yang tepat untuk bot telur mini yang comel ini kerana ianya diperkayakan dengan Omega-3 dan mengandungi kolestrol 50% lebih rendah berbanding dengan telur biasa. Setelah masak, biarkan sejuk dan kupaskan kulit. Selepas itu, tambahkan dengan topping kegemaran anda dan kagumkan keluarga dan tetamu anda!

Di sini kami paparkan beberapa cadangan topping tetapi anda bebas untuk menggunakan apa-apa sahaja ramuan mengikut daya kreatif anda! Penyediaannya seronok untuk anak-anak anda juga, di mana mereka boleh menolong anda mengupas kulit telur, menyudu topping serta picitkan mayones atau dressing lain ke atasnya. Tak kira sebagai hidangan parti atau sebagai snek tengahari, ianya aktiviti yang menyeronokkan untuk keluarga anda!

 

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 10 minit
Sajian untuk: 4

Bahan-bahan

4 biji telur QL Omega
Cadangan topping:
Ham ayam, cendawan and tomato
2 kepingHirisan Ayam Figo
4 biji cendawan butang kecil, dihiris nipis
1 sudu tehminyak zaitun
2 biji tomato ceri, dipotong
1 sudu tehdaun kucai, dipotong
2 sudu besarsos tomato
Smoked salmon, telur ikan dan avocado
1 atau 2hiris smoked salmon, dipotong kecil
¼ biji avocado, dipotong dadu
1 sudu tehtelur ikan
Sosej, timun dan mayones
4 batang Sosej Koktel Ayam Figo, dihiris nipis
2 sudu besartimun dipotong dadu, (buangkan biji)
Mayones

Langkah Penyediaan

  1. Masukkan telur QL Omega ke dalam kuali dan isikan air sehingga 2 inci atas telur. Elakkan dari menggunakan air panas kerana ia akan meretakkan telur.
  2. Rebuskan telur atas api sederhana tinggi sehingga air mula mendidih. Kemudian rendahkan api ke sederhana rendah selama 8 – 9 minit. Air sepatutnya mereneh dan tidak mendidih untuk mengelakkan retakan.
  3. Buangkan air panas dan isikan kuali dengan air paip yang sejuk.
  4. Bila telur sudah menyejuk secukupnya, anda boleh mengupas kulitnya. Telur yang lebih segar biasanya lebih susah untuk dikupas kerana kulitnya lebih melekat kepada telur. Oleh itu, gunakanlah telur yang telah disimpan beberapa hari di dalam peti sejuk jika anda ingin mengupas kulitnya dengan lebih mudah, dengan permukaan putih yang lebih licin.
  5. Potong telur yang telah dikupas di tengah (gunakan benang jika anda inginkan potongan yang licin bersih) dan tambahkan topping kegemaran anda atau cubalah cadangan kami.

Cadangan topping:

Ham ayam, cendawan and tomato

  • Panaskan minyak zaitun dalam kuali non-stick dan gorengkan hirisan cendawan butang selama 2 – 3 sehingga masak, tambahkan Hirisan Ayam Figo dan kacau selama 2 minit lagi. Alihkan dari kuali dan biarkan seketika.
  • Sudukan cendawan dan Hirisan Ayam Figo ke atas potongan telur, taburkan dengan tomato ceri, tambahkan sedikit sos tomato dan taburkan dengan chives potong.

 

Smoked salmon, telur ikan dan avocado

  • Tambahkan hirisan smoked salmon dan avocado ke atas telur, dan diakhiri dengan telur ikan.

 

Sosej, timun dan mayones

  • Gorengkan Sosej Koktel Ayam Figo dalam kuali non-stick selama 2 minit sehingga sedikit perang keemassan.
  • Sudukan sosej ke atas potongan telur, taburkan dengan timun dan picitkan mayones ke atasnya.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai QL Figo Foods dan di mana anda boleh mendapatkannya, sila klik di sini.

About the author