Egg Tart QL

Bulan ini, kami akan membawa anda melalui perjalanan hidangan kegemaran Malaysia. Dan kami akan memulai dengan resepi Malaysia yang tidak asing-asing lagi, egg tart! Wangi, gebu lagi enak, egg tart ini snek yang sesuai bagi bila-bila masa sahaja. Cubailah resepi yang enak ini yang menghasilkan 15 tart, dan jangan lupa untuk berkongsi dengan keluarga dan kawan-kawan anda!

Jangan lupa juga untuk menambahkan lagi kandungan nutrisi kepada resepi klasik ini dengan telur QL Omega yang diperkayakan dengan Omega-3 dan DHA untuk kebaikan tambahan dari setiap suap!

 

Masa penyediaan: 40 minit
Masa memasak: 20 minit
Menghasilkan: 15 egg tart

Bahan-bahan

Pastri::
125 gmentega
70 ggula aising
50 gtelur QL Omega
260 gtepung
Kustard telur:
190 mlair
110 ggula
4 bijitelur QL Omega
100 gsusu sejat
½ sudu tehesen vanila (terpulang)

Langkah Penyediaan

  1. Untuk pastri, krimkan mentega dan gula sehingga gebu dan tambahkan masuk telur QL Omega. Pukulkan selama 30 saat lagi.
  2. Lipatkan masuk tepung dan gaul sehingga sebati. Biarkan adunan rehat selama 10 minit.
  3. Kemudian, tekankan adunan kepada acuan tart dan biarkan seketika.
  4. Untuk kustard telur, rebuskan air dengan gula sehingga gula larut sepenuhnya dan biarkannya menyejuk.
  5. Pukulkan telur QL Omega, susu sejat dan esen vanilla. Tuangkan ke dalam air gula dan gaul hingga sebati. Tapiskan campuran tersebut.
  6. Tuangkan campuran telur ke dalam acuan tart dan bakar di dalam ketuhar pada 160°C selama 20 minit.
  7. Biarkannya menyejuk seketika sebelum mengeluarkan tart dari acuannya.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author