Kebab Filamen Ikan QQ & Ham

Sempena musim perayaan ini, dua entri blog seterusnya akan memaparkan resepi snek ‘finger foods’ yang sesuai untuk parti atau snek petang. Snek ini mudah dan boleh disediakan dengan anak-anak anda untuk pengalaman yang menyeronokkan.

Produk makanan QL sesuai sekali bagi tujuan ini. Resepi pertama kami menggunakan Filamen Ikan QQ MUSHROOM yang baru dilancar dan Hirisan Ayam Figo. Anda hanya perlu balutkan Filamen Ikan QQ MUSHROOM dengan Hirisan Ayam Figo, ketatkan dengan pencungkil gigi, dan goreng di kuali atau panggang di dalam ketuhar. Begitu mudah sahaja.

Hidangkan dengan salad sayuran segar dan ubi kentang panggang untuk hidangan yang lengkap. Filamen Ikan QQ MUSHROOM diperbuat daripada protein ikan berkualiti dan Hirisan Ayam Figo diperbuat dari daging ayam berkualiti tinggi (kami tidak menggunakan kulit atau lemak ayam) dan surimi (protein ikan), yang menbuat mereka sumber protein yang kaya.

Jika anda suka, picitlah sedikit jus lemon segar dan hidangkan dengan sos kegemaran anda.

Ianya mudah dan seronok untuk disediakan, cantik dipandang lagi enak dimakan!

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 15 - 20 minit
Sajian untuk: 4

Bahan-bahan

16 ketulFilamen Ikan QQ MUSHROOM
4 hiris Hirisan Ayam Figo
1 - 2 sudu tehminyak masak untuk menggoreng
1limau atau lemon, dipotong baji untuk dihidang
Sos Thousand Island, sos cili atau sos tomato untuk mencelup

Perkakas yang diperlukan: Pencungkil gigi untuk mengetat

Langkah Penyediaan

  1. Potongkan Hirisan Ayam Figo kepada 4 hirisan panjang dengan lebarnya cukup untuk membalut Filamen Ikan QQ MUSHROOM.
  2. Balutkan sebelah bulat Filamen Ikan QQ MUSHROOM dengan Hirisan Ayam Figo dan ketatkan dengan pencungkil gigi. Jika filamen ikan terlalu besar, kupaskan sedikit lapisan luar atau gunakan 2 batang pencungkil gig untuk mengetatkannya.
  3. Panaskan minyak dalam kuali non-stick dan gorengkan selama 2 – 3 minit pada kedua-dua belah sehinga perang keemasan. Alihkan dari minyak dan keringkan minyak berlebihan dengan kertas tuala (paper towel). Biarkan seketika.
  4. Anda juga boleh memanggang kebab selama 10 – 15 minit di dalam ketuhar. Cuma beruskan sedikit minyak di permukaan kebab sebelum memanggang.
  5. Hidangkan dengan ubi kentang panggang dan salad sayuran segar untuk menjadikannya hidangan yang lengkap, atau hidangkan dengan sos kegemaran anda sebagai snek atau ‘finger food’ parti yang lazat!

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai QL Figo Foods dan di mana anda boleh mendapatkannya, sila klik di sini.

About the author