Brokoli Stir-Fry dengan Filamen Ikan QQ

Stir-fry (menggoreng kacau) adalah cara memasak yang baik dan digalakkan. Cuma sedikit minyak diperlukan untuk menggoreng atau merebus makanan dengan pantas. Sayur-sayuran dan ketulan daging yang kecil, makanan laut atau tauhu yang dimasak dengan stir-fry mengandungi minyak yang kurang, membuat hidangan tersebut lebih baik untuk kesihatan kita. Selain itu, oleh kerana pemasakan dengan tahap suhu yang tinggi, kandungan nutrisi makanan dikedap dengan lebih berkesan.

Resepi brokoli stir-fry hari ini menggunakan Filamen Ikan QQ Mushroom, yang dilancarkan di pasaran pada minggu pertama September 2014. Hidangan ini serupa dengan hidangan brokoli stir-fry dengan kapis semasa perayaan Tahun Baru Cina, di mana Filamen Ikan QQ digunakan untuk menggantikan kapis. Filamen ikan berperisa kapis ini mempunyai kekenyalan yang enak dikunyah, serta ianya mudah untuk disediakan.

Digabungkan dengan brokoli, cendawan Shiitake segar, lobak merah, dan udang, hidangan yang berkhasiat ini penuh dengan vitamin, mineral, protein dan serat. Banyak kandungan nutrisi dalam resepi brokoli ini dan ia boleh disediakan dalam masa 20 minit saja.

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 10 minit
Sajian untuk: 4

Bahan-bahan

1 paketFilamen Ikan QQ MUSHROOM (pek 180g)
100 gudang (saiz sederhana), dikupas kulit dan dibersihkan
30 globak merah, dihiris nipis
100 gcendawan Shiitake segar (atau 10 batang cendawan Shiitake kering, direndam lembut)
200 gbrokoli, dipotong tangkal kecil
2 sudu besarminyak masak
5 ulasbawang putih, dicincang
Kuah (gaul bersama):
1 sudu besarsos tiram
¼ sudu tehkicap pekat
1 sudu besarkicap cair
50 mlair
½ sudu tehtepung jagung

Langkah Penyediaan

  1. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali, dan tumiskan bawang putih hingga wangi.
  2. Tambahkan Filamen Ikan QQ MUSHROOM dan masak selama 2 minit. Masukkan udang dan masak selama 2 minit lagi.
  3. Masukkan campuran kuah, brokoli, lobak merah dan cendawan, dan gaul serata. Tutup dengan penutup kuali dan biarkan masak atas api serderhana selama 2 – 3 minit.
  4. Matikan api dan hidangkan serta-merta dengan nasi.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

About the author