Biscotti Kacang Rangup

Masakan Itali selalunya kaya dengan rasa dan penuh dengan hidangan yang enak. Walaupun masa makan telah sampai ke pengakhirannya, masih ada lagi hidangan enak untuk dijamu. Apakah yang rakan Itali kami suka nikmati bersama kopi yang harum pada pengakhiran sesi makan? Semestinya biscotti! Ikutilah resepi biscotti ini untuk menghasilkan biscotti yang rangup dan berkacang untuk dinikmati bersama secawan kopi sempena musim Tahun Baru Cina ini.

Biskut biscotti ini dibakar dua kali untuk menghasilkan tekstur yang lebih rangup. Resepi ini tidak menggunakan agen penaik, cuma pukulkan putih telur sehingga ringan gebu. Anda bebas untuk menggunakan mana-mana jenis kacang kegemaran anda, tetapi pilihan kegemaran kami adalah badam dengan pistachio atau walnut.

Selepas membakar adunan untuk kali pertama, anda perlu menghiris biscotti kepada hirisan nipis. Anda memerlukan pisau yang tajam, pisau roti yang bergigi sesuai untuk tujuan ini. Untuk mendapatkan hirisan biscotti yang senipis kadboard, biarkan di dalam peti beku selama 5 – 6 jam selepas dibakar untuk kali pertama dan kemudian hiriskan dengan pisau kepada hirisan setebal 2- 3 mm.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 55 - 60 minit
Masa membeku: 5 - 6 jam
Menghasilkan: 80 – 100 hiris, bergantung kepada ketebalan biskut

Bahan-bahan

4Putih telur QL Deli Fresh atau QL Omega
100 ggula kastor
Secubit garam
150 gtepung biasa atau serbaguna
100 gkacang badam
50 gkacang pistachio atau walnut

Langkah Penyediaan

  1. Pukulkan putih telur dengan pemukul elektrik pada kelajuan yang pantas sehingga puncak lembut diperolehi.
  2. Tambahkan gula dan garam sedikit demi sedikit dan terus pukul sehingga puncak tegar diperolehi.
  3. Lipatkan masuk tepung dan gaulkan dengan sudu spatula getah sehingga sebati.
  4. Taburkan kacang kepada adunan dan gaul sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam 2 tin bersegi empat (10 inci x 5 inci) yang telah diminyak dan dialas dengan kertas tahan minyak atau parchment.
  6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan ke 170 C selama 45 minit. Setelah siap, biarkannya menyejuk dan buangkan kertas. Biarkan di dalam peti beku selama 5 – 6 jam.
  7. Keluarkan dari peti beku dan biarkan seketika selama 5 – 10 minit. Hiriskan dengan nipis (ketebalan lebih kurang 2 – 3 mm) dan bakar untuk kali kedua pada 150 C selama 15 – 20 minit atau hingga rangup. Terbalikkan biscotti jika anda inginkan keperangan dan kerangupan yang sama pada kedua-dua belahnya.

Petua QL Kitchen:

Jika anda lebih suka biscotti yang lebih tebal, anda boleh menghiris biscotti dengan pisau bergigi selepas ianya menyejuk dari pembakaran kali pertama, tanpa dibekukan semalaman.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author