Lempeng (juga dikenali sebagai pancake atau crepes) memang mudah untuk disediakan dan tidak jemu-jemu dijamu. Rahsia untuk crepe yang sempurna adalah dengan membiarkan campurannya ‘rehat’ (‘rest’) seketika sebelum memasaknya. Lebih kurang 10 minit sudah memadai.
Bahan yang paling penting bagi menghasilkan lempeng yang enak adalah telur yang berkualiti. Telur QL Deli Fresh adalah pilihan yang sempurna bagi resepi ini. Ianya mengandungi kolesterol 40% lebih rendah berbanding telur biasa, dan datangnya dari ayam-ayam yang diternak dengan bahan ternakan semulajadi yang berkualiti tinggi sahaja. Cubalah hari ini juga, dan rasailah perbezaannya.
Tak kira sebagai sarapan atau manisan penutup tirai jamuan, isikan lempeng ini dengan pisang caramel dan rintikkan sos coklat ke atasnya untuk rupanya yang lawa. Anda juga boleh ayakkan sedikit gula icing ke atasnya jika suka.
Selain itu, resepi ini juga padan dengan beri segar, krim cheese atau krim mascarpone, mengikut cita rasa kegemaran anda. Jika anda sukakan rasa yang savori, cubalah gantikan bahan isiannya dengan cendawan, ham ayam, daging lembu, telur, bayan atau keju.
Bahan-bahan
Untuk lempeng: | ||
---|---|---|
100 g | tepung | |
40 g | gila | |
2 biji | telur QL Deli Fresh | |
200 ml | susu | |
40 g | mentega cair | |
1/4 sudu teh | garam | |
Untuk pisang karamel: | ||
4 biji | pisang besar | |
100 g | gula | |
60 g | krim | |
20 g | mentega | |
30 g | kismis | |
Untuk sos ganache coklat: | ||
100 g | cip coklat couverture | |
90 g | krim | |
10 g | mentega |
Langkah Penyediaan
- Cairkan gula di dalam kuali sehingga sedikit perang. Kemudian, tambahkan krim dan mentega.
- Tambahkan pisang dan kismis. Masakkan bersama dan tepikan setelah sedia masak.
- Untuk campuran crepe, campurkan bersama telur QL Deli Fresh, susu dan mentega cair. Tambahkan campuran tepung, gula dan garam. Gaul sebati dan biarkannya rehat selama 10 minit.
- Panaskan kuali dan minyakkannya dengan sedikit mentega. Tuangkan 1 senduk campuran crepe ke dalam kuali.
- Masakkan kedua-dua belah crepe sehingga sedikit perang.
- Untuk menyaji, sapukan belah atas crepe dengan pisang caramel. Lipatkan tengah dan sekali lagi untuk bentuk bucu.
- Cairkan coklat dan krim di dalam microwave dan gaulkan masuk mentega cair. Rintikkan sos ganache coklat ke atas crepe sebelum disaji.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.