Sticky Bun Labu dan Pecan Mini

Sama ada anda sedang merancang sarapan anak-anak anda, atau mencari cara yang lazat untuk memulakan pagi anda, sticky bun labu dan pecan ini sedang menunggu anda!

Selain rupanya yang menarik, sticky bun labu dan pecan ini gebu, lembut dan begitu moist sekali. Penuh dengan rasa labu yang lazat, berinti gula dan kacang pecan dan diakhiri dengan sirap karamel, sticky bun ini sempurna bagi sarapan yang memuaskan! Mulailah hari dan daya metabolisme anda dengan resepi sarapan yang enak lagi bernutrisi ini.

Tingkatkan kandungan nutrisi Sticky Bun Labu dan Pecan ini dengan menggunakan telur QL Deli Fresh, yang bebas dari bahan pewarna tiruan dan mengandungi kolesterol 40% peratus lebih rendah berbanding telur biasa. Telur QL Deli Fresh asli, bernutrisi lagi segar.

 

Masa penyediaan: 90 minit
Masa memasak: 30 minit
Menghasilkan: 12 bun

Bahan-bahan

Untuk adunan:
120 mlsusu segar, dipanaskan ke 40 darjah C
8 gyis kering
320 gtepung biasa
1 sudu tehgaram
34 ggula
2 bijitelur QL Deli Fresh
140 glabu, dipotong kiub dan dikisar (puree)
28 gmentega, dicairkan
Untuk inti:
70 ggula perang
35 gkacang pecan, dipotong kasar
1/2 sudu tehserbuk kayu manis
30 gmentega dengan garam, dicairkan
Untuk sirap:
57 gmentega tanpa garam
53 ggula perang
50 ggula pasir
30 mlwhipping cream

Langkah Penyediaan

  1. Untuk menyediakan adunan, pukulkan bersama susu suam dengan yis. Biarkan selama 5 minit.
  2. Dalam mangkuk, gabungkan gula, tepung, garam, telur QL Deli Fresh, puree labu dan mentega cair. Gaul sehingga sebati. Tambahkan campuran yis dan gaul selama 5 minit sehingga licin dan sedikit kenyal. Campurannya sepatutnya lembut dan melekit. Tutupkan dengan helaian plastic dan biarkannya di tempat yang suam untuknya naik sehingga dua kali ganda, lebih kurang 45 minit.
  3. Tumbukkan di tengah adunan dengan ringan dan biarkannya rehat untuk beberapa minit. Di atas permukaan yang telah ditepung, gulungkan adunan ke segi empat 16 x 19 inci. Tepungkan tangan dan pin gulung anda bila perlu.
  4. Untuk menyediakan inti, campurkan gula perang, kacan pecan potong, dan serbuk kayu manis di dalam mangkuk. Beruskan permukaan adunan dengan mentega cair dan taburkan dengan campuran pecan.
  5. Dari sisi yang lebih panjang, gulungkan adunan dengan ketat. Potongkan gegulung adunan kepada 12 ketul dan letakkan di dalam tin muffin. Tutupkannya dengan tuala dan biarkannya naik sehingga dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.
  6. Panaskan ketuhar kepada 170 darjah C. Bakarkan bun sehingga keemasan, lebih kurang 25-30 minit.
  7. Untuk menyediakan sirap, gaulkan bersama mentega, gula perang, gula pasir dan krim di dalam periuk sos di atas api sederhana. Gaul dengan kerap sehingga ia mendidih. Renyaikan ke atas bun yang telah masak. Alihkan bun kepada rak dawai untuknya menyejuk. Sajikan bila suam.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author