Kentang Putar dengan Kuah Telur Home Made

Kentang putar homemade adalah pilihan yang sesuai tak kira apa jua situasinya. Resepi kentang putar yang halus licin ini sempurna disaji bersama ketulan ‘chunky king crab’ dan kuah telur yang berkrim.

Untuk resepi ini, kami menggunakan telur QL Deli Fresh. Segar, berkhasiat lagi bernutrisi, QL Deli Fresh adalah di antara jenama telur yang paling popular di Malaysia.

 

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 25 minit
Sajian untuk: 4

Bahan-bahan

Untuk kentang putar:
400 gkentang
1 sudu tehgaram
50 mlkrim
½ sudu tehlada sulah
Untuk kuah telur:
½ bijibawang kuning, dicincang
1 ulasbawang putih, dicincang
2 bijitelur QL Deli Fresh, dimasak penuh
130 mlstok ayam atau air
2 sudu tehsos Worcestershire
2 sudu besarsos tiram
½ sudu tehgaram
1 sudu tehlada hitam
1 sudu tehtepung jagung, dicampur dengan 1 sudu besar air
30 gmentega
2 paketOborotsuki MUSHROOM

Langkah Penyediaan

  1. Rebuskan kentang sehingga lembut dan lumatkan dengan menggunakan perkakas pelumat (masher).
  2. Tambahkan masuk krim, garam dan lada sulah. Lumatkan lagi dan pastikan tiada lagi ketulan di dalam campuran. Biarkan seketika.
  3. Untuk kuah telur, tumiskan bawang kuning dan bawang putih sehingga harum dan tambahkah stok ayam atau air.
  4. Kemudian tambahkan sos tiram, sos Worcestershire, garam dan lada hitam. Gaul serata.
  5. Tambahkan telur QL Deli Fresh yang dicincang dan pekatkan dengan campuran tepung. Biarkan seketika.
  6. Panaskan mentega di dalam kuali dan gorengkan Oborotsuki MUSHROOM. Kemudian, tuangkan Oborotsuki MUSHROOM kepada kentang putar dan gaul sebati.
  7. Tuangkan kuah telur ke atas kentang putar dan sajikan panas.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

 

About the author