Cupcake ini padan dengan suasana perayaan yang akan menjelang, dengan rasa oren mandarin dan aising yang berwarna dua ton. Ianya semestinya menceriakan lagi suasana perayaan ini. Wangi lagi moist, resepi Cupcake Oren Mandarin ini adalah manisan yang sempurna bagi mereka yang menyukai perisa manis tropikal.
Telur adalah ramuan yang penting bagi penyediaan hidangan manisan. Ianya memperkayakan lagi rasanya, dan membantu menstabilkan teksturnya semasa membakar. Tunggu apa lagi? Dapatkanlah telur QL Deli Fresh dari pasaraya yang terdekat!
Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 18 minit
Menghasilkan: 12 biji cupcake
Bahan-bahan
190 g | mentega tanpa garam | |
---|---|---|
150 g | gula kastor | |
¼ sudu teh | minyak oren | |
240 g | telur QL Deli Fresh | |
200 g | tepung naik sendiri | |
60 ml | jus oren mandarin (dari 1 biji oren besar) | |
Untuk buttercream oren: | ||
250 g | mentega | |
500 g | gula aising | |
¼ sudu teh | minyak oren | |
5 titik | pewarna oren |
Langkah Penyediaan
- Pukulkan mentega dan gula sehingga ringan, gebu dan pucat. Tambahkan minyak oren dan pukul hingga sebati.
- Tambahkan masuk telur QL Deli Fresh, sebiji demi sebiji, dengan satu sudu besar tepung bagi setiap telur.
- Gaulkan masuk baki tepung dan jus oren.
- Bakarkan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 180C selama 18 minit atau hingga masak.
- Untuk buttercream oren, pukulkan mentega dengan ringan dan tambahkan setengah daripada gula aising.
- Tambahkan lagi gula aising dengan beransuran sehingga tekstur yang dihendaki diperolehi.
- Tambahkan masuk minyak oren dan pukul sehingga sebati.
- Keluarkan setengah buttercream. Tambahkan pewarna oren dan gaul sehingga sebati.
- Masukkan buttercream oren ke dalam beg piping dahulu, diikuti dengan buttercream putih untuk mendapatkan buttercream dua warna. Gunakanlahnya untuk menghiasi cupcake.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.