Ayam dan telur bergabung dengan sempurna dalam hidangan Nasi Mangkuk Jepun ini. Ianya hidangan yang enak lagi memuaskan tak kira bila-bila jua.
Masaklah Oyakodon ini untuk dinikmati sekeluarga.
Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 15 minit
Sajian untuk: 2
Bahan-bahan
1 | paha ayam, dibuang tulang dan kulit dibiarkan |
---|---|
¼ sudu teh | garam |
2 sudu teh | minyak |
1 biji | bawang kuning bersaiz sederhana, dihiris nipis |
½ cawan | stok ayam |
2 sudu teh | kicap cair |
2 sudu teh | madu |
3 biji | telur QL Omega, asingkan 2 biji kuning telur untuk diguna pada akhirnya |
1 cawan | beras sushi, dimasak mengikut langkah pada bungkusannya |
3 tangkal | daun bawang, dihiris nipis |
Langkah Penyediaan
- Gosokkan peha ayam dengan garam.
- Panaskan minyak di dalam kuali atas api sederhana dan gorengkan peha ayam pada sebelah kulit ayam sehingga perang keemasan. Kemudian, terbalikkan dan goreng sehingga ayam masak sepenuhnya.
- Keluarkan ayam dari kuali, hiriskan dan biarkan seketika.
- Dengan menggunakan kuali yang sama, timuskan bawang kuning atas api kecil sehingga layu, dan masukkan ayam semula.
- Tuangkan masuk stok ayam, kicap cair dan madu, dan biarkan campuran mendidih.
- Dalam mangkuk yang lain, pukulkan 1 biji telur QL Omega penuh bersama 2 biji putih telur QL Omega. Tambahkan campuran telur ke dalam stok yang mereneh dan biarkan mereneh lagi selama 2-3 minit.
- Bahagikan nasi, ayam dan sos kepada dua mangkuk.
- Letakkan sebiji kuning telur QL Omega ke atas setiap mangkuk dan hidangkan dengan serta merta.
Petua QL Chef:
- Anda juga boleh menggunakan telur separa masak (dengan kuning telur yang lembut) untuk menggantikan QL Eggs yang mentah.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.