Pedas dan savori, snek ini semestinya kegemaran di kalangan peminat dewasa hingga tidak terhenti-henti menguyah!
Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 8 minit
Menghasilkan: 1 bekas
Bahan-bahan
600g /10 ketul | Fried Crab Stick MUSHROOM, dinyahbeku |
---|---|
2 sudu besar | parutan keju parmesan (atau secukup rasa) |
2 sudu teh | serbuk cili pedas (atau secukup rasa) |
Minyak untuk menggoreng |
Langkah Penyediaan
- Potongkan crab stick kepada ketulan sepanjang 2cm. Bukakannya dan hiris dengan nipis dan sama rata. Biarkan di tepi seketika.
- Perisakan crab stick rangup dengan serbuk cili pedas secukup rasa.
- Panaskan minyak di dalam kuali, dan gorengkan crab stick atas api sederhana sehingga ianya perang keemasan.
- Lambungkan crab stick goreng dengan parutan keju parmesan sementara ia masih panas dan simpan di dalam bekas yang kedap udara setelah ianya menyejuk.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.