Bulan ini, kami akan membawa anda melalui perjalanan hidangan kegemaran Malaysia. Dan kami akan memulai dengan resepi Malaysia yang tidak asing-asing lagi, egg tart! Wangi, gebu lagi enak, egg tart ini snek yang sesuai bagi bila-bila masa sahaja. Cubailah resepi yang enak ini yang menghasilkan 15 tart, dan jangan lupa untuk berkongsi dengan keluarga dan kawan-kawan anda!
Jangan lupa juga untuk menambahkan lagi kandungan nutrisi kepada resepi klasik ini dengan telur QL Omega yang diperkayakan dengan Omega-3 dan DHA untuk kebaikan tambahan dari setiap suap!
Masa penyediaan: 40 minit
Masa memasak: 20 minit
Menghasilkan: 15 egg tart
Bahan-bahan
Pastri:: | ||
---|---|---|
125 g | mentega | |
70 g | gula aising | |
50 g | telur QL Omega | |
260 g | tepung | |
Kustard telur: | ||
190 ml | air | |
110 g | gula | |
4 biji | telur QL Omega | |
100 g | susu sejat | |
½ sudu teh | esen vanila (terpulang) |
Langkah Penyediaan
- Untuk pastri, krimkan mentega dan gula sehingga gebu dan tambahkan masuk telur QL Omega. Pukulkan selama 30 saat lagi.
- Lipatkan masuk tepung dan gaul sehingga sebati. Biarkan adunan rehat selama 10 minit.
- Kemudian, tekankan adunan kepada acuan tart dan biarkan seketika.
- Untuk kustard telur, rebuskan air dengan gula sehingga gula larut sepenuhnya dan biarkannya menyejuk.
- Pukulkan telur QL Omega, susu sejat dan esen vanilla. Tuangkan ke dalam air gula dan gaul hingga sebati. Tapiskan campuran tersebut.
- Tuangkan campuran telur ke dalam acuan tart dan bakar di dalam ketuhar pada 160°C selama 20 minit.
- Biarkannya menyejuk seketika sebelum mengeluarkan tart dari acuannya.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.