Kari Kelapa Telur QL

Tambahkanlah sedikit rempah kepada masakan telur anda! Kari sememangnya salah satu hidangan klasik Malaysia, dan adalah cara yang enak untuk menikmati telur.

Cubalah resepi kari telur QL yang memuaskan ini, disaji dengan nasi. Kari ini sedikit ringan berbanding kari biasa yang pedas, di mana cili hijau dalam resepi ini menambahkan lebih rasa daripada kepedasan.

 

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 20 minit
Sajian untuk: 3

Bahan-bahan

2 sudu besarminyak
½ sudu tehbiji jintan putih
½ sudu tehbiji sawi
1 cawanbawang merah, dicincang
3- 4 cili hijau, dibelah tengah
5-6 daun kari
1 sudu tehpes bawang putih-halia
3 - 4 bijitomato, dikisar menjadi puree
4 sudu besarserbuk kari
1 sudu tehserbuk lada hitam
2 sudu besarkerisik
2 sudu besardaun ketumbar
3 bijitelur QL Deli Fresh
Air
Garam secukup rasa
Daun ketumbar tambahan atau daun pudina sebagai perhiasan

Langkah Penyediaan

  1. Panaskan minyak di dalam periuk, tambahkan biji jintan putih dan biji sawi dan goreng sehingga biji sawi meletup.
  2. Tambahkan bawang merah, cili hijau dan daun kari dan tumis selama beberapa mini hingga bawang layu.
  3. Tambahkan pes bawang putih-hali dan teruskan menumis.
  4. Tambahkan puree tomato dan tumis lagi sehingga tomato terpisah dari minyak.
  5. Tambahkan serbuk kari dan serbuk lada hitam, dan masak sehingga kari masak sepenuhnya.
  6. Tambahkan kerisik dan masak selama beberapa minit lagi.
  7. Gaulkan masuk daun ketumbar.
  8. Tambahkan air sehingga kepekatan kuah yang diingini dicapai. Perisakan dengan garam.
  9. Tambahkan telur satu persatu dan masak selama 10 – 15 minit dengan penutup periuk, sehingga telur masak dan kuning telurnya masih lembut dan cair. Hiaskan dengan daun ketumbar dan daun pudina. Sajikan panas.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author