Kadang-kadang ada manisnya menambahkan sedikit kejutan untuk makan malam Tahun Baru Cina. Selepas melambung Lou Sang bersama teman dan keluarga, hidangkan pula mereka dengan pembuka selera yang mempesonakan dengan penggunakan kreatif salad Cina.
Nikmati kerangupan dan keenakan ketika makan tetapi berhati-hatilah agar tidak tertumpah!
Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 20 minit
Sajian untuk: 5 - 6
Bahan-bahan
1 kg | Filamen Ikan QQ MUSHROOM, dihiris kepada 3 bahagian | |
---|---|---|
80 g | Sashimi Snow Crab MUSHROOM, dipotong kepada 3 bahagian | |
3 biji | bawang merah kecil, dipotong dadu | |
3 ulas | bawang putih, dicincang | |
2 sudu besar | minyak | |
5 ketul | cendawan hitam, direndam dalam air panas dan dipotong dadu | |
5 biji | sengkuang Cina, dipotong dadu | |
1 biji g | lada benggala merah, dibuang biji dan di potong dadu | |
30 g | daun bawang, dihiris nipis | |
1 biji | salad iceberg / Romaine | |
Sos: | ||
1 sudu besar | kicap cair | |
1 ½ sudu besar | sos tiram | |
1 sudu teh | gula | |
½ sudu teh | garam | |
½ sudu besar | sos cili pedas | |
1 sudu teh | serbuk bawang putih | |
1 sudu teh | minyak bijan | |
1 sudu teh | tepung jagung + 75 ml air | |
Secubit | lada hitam |
Langkah Penyediaan
- Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak sehingga wangi kemudian tambahkan Filamen Ikan QQ MUSHROOM, Sashimi Snow Crab MUSHROOM dan cendawan hitam. Gaulkan.
- Masukkan kesemua bahan-bahan sos dan masak sehingga campuran memekat.
- Masukkan sengkuang cina dan lada benggala, dan goreng sebaiknya. Akhirnya masukkan daun bawang dan kacau.
- Untuk menghidang, sudukan campuran ke atas daun salad Iceberg dan hidangkan suam.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.