Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 30 minit
Sajian untuk: 4
Bahan-bahan
| 1 paket | Pilihan Steamboat 6 Dalam 1 MUSHROOM |
|---|---|
| 200 ml | santan segar |
| 100 ml | stok ayam/sayur atau air |
| 120 g | nenas segar, dipotong ketulan kecil |
| 1 batang | serai, dipukul ringan |
| 1 inci | kunyit segar |
| 1 inci | halia |
| 5 batang | cili padi (tambahkan lebih jika nak pedas lagi) |
| 4 ulas | bawang putih |
| 1 biji | bawang merah bersaiz sederhana |
| 2 helai | daun limau purut |
| 1 keping sudu besar | asam keping |
| 3 sudu besar | minyak sayur |
| Garam secukup rasa |
Langkah Penyediaan
- Dalam mesin pengisar atau prosesor makanan, kisarkan bawang merah, cili padi, bawang putih, halia dan kunyit sehingga pes terbentuk.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan campuran kisar atas api sederhana selama 5 minit atau sehingga harum.
- Tambahkan serai, asam keping dan daun limau purut, dan teruskan memasak atas api rendah selama 5 minit lagi.
- Tambahkan stok ayam/sayuran atau air, diikuti dengan Pilihan Steamboat MUSHROOM 6 Dalam 1 dan reneh selama 5 minit.
- Kemudian, tambahkan nenas segar dan santan dan biarkannya mereneh untuk 5 minit lagi.
- Tambahkan perisa secukup rasa dan sajikan panas.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.



