English Scones

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 15 minit
Menghasilkan: 8

Bahan-bahan

375 gtepung biasa
75 ggula + 1½ sudu besar gula (untuk menabur)
1½ sudu besarserbuk penaik
¼ +⅛ garam
60 gmentega sejuk
telur QL Omega
270 mlwhipping cream + 1½ sudu besar whipping cream (untuk memberus)
Whipped Cream:
240 mlwhipping cream
1 sudu tehesen vanila
4 sudu besargula

Langkah Penyediaan

  1. Panaskan ketuhar kepada 180°C.
  2. Di dalam sebuah mangkuk, gabungkan tepung, gula, serbuk penaik dan garam.
  3. Potongkan mentega ke dalam ramuan kering dengan pastry blender atau garpu.
  4. Pukulkan telur QL Omega ke dalam whipping cream. Bentukkan lubang di tengah ramuan kering dan tuangkan campuran krim ke dalamnya. Gaulkan dengan garpu sehingga semua ramuan melekit bersama.
  5. Taburkan meja dengan sedikit tepung dan gulingkan adunan kepada ketebalan lebih kuran 1 hingga 1¼ inci. Potongkan bulatan dengan pemotong.
  6. Letakkan adunan ke atas tin biskut yang telah dialas dengan kertas parchment. Beruskan permukaan atas adunan dengan sedikit krim. Taburkan dengan sedikit gula. Bakar selama 15 minit atau sehingga perang keemasan.
  7. Alihkan kepada rak dawai
  8. Untuk menyediakan whipping cream, pukulkan bersama whipping cream, esen vanila dan gula sehingga puncak lembut diperolehi. Sajikan dengan scones.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author