Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 30 minit
Sajian untuk: 10
Bahan-bahan
3 helai | helai puff pastri 8“, dipotong dua kemudian dipotong kepada segi tiga | |
---|---|---|
6 ketul | Tofu Ikan Berkeju MUSHROOM, dipotong dua (terpulang) | |
10 batang | Surimi Crabstick MUSHROOM, dipotong dua | |
2 biji | cendawan Portobello, dihiris | |
1 biji | tomato, dihiris nipis | |
1 biji | lada Bengala hijau, dihiris | |
8 ketul | kuib bayam beku, dinyahbeku dan airnya diperah | |
200 g | cheddar yang ringan dan kuat rasa, diparut | |
100 g | sos pasta | |
1 biji | telur QL Omega, dipukul | |
Sos keju (dibeli atau dibuat sendiri) | ||
Herba dill, hiasan | ||
Sos Keju: | ||
250 ml | susu | |
25 g | tepung | |
50 g | keju, diparut | |
¼ sudu teh | lada putih | |
¼ sudu teh | garam | |
¼ sudu teh | herba campuran |
Langkah Penyediaan
- Di atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas parchment, susunkan pastri segi tiga dengan mata bucunya menghala ke arah luar dan hujungnya yang lebar bertindih dengan satu sama lain meninggalkan jurang 3 inci, ulangi dengan segi tiga yang lain sehingga bulatan terbentuk.
- Tekankan pastri yang bertindih untuk melekatkannya. Sudukan sos pasta ke atas hujung segi tiga yang lebar. Letakkan Tofu Ikan Berkeju MUSHROOM di sekeliling pastri.
- Lapiskan cendawan, lada Bengala, tomato dan bayam di atas satu sama lain kemudian letakkan Surimi Crabstick MUSHROOM. Taburkan ¾ keju di atas pastri.
- Lipatkan mata bucu segi tiga untuk membentukkan cincin. Sapukan pastri dengan Telur QL Omega sebelum membakar.
- Dalam ketuhar yang dipanaskan pada suhu 180°C, bakar pastri selama 15 minit atau sehingga pastri sudah keemasan.
- Untuk menyediakan sos keju, kacaukan 100 ml susu dan tepung dalam perik kecil, atas api yang kecil. Masukkan baki susu dan garam. Biarkan ia mendidih, kecilkan api sedikit dan kacau sehingga sos sudah memekat. Matikan api dan tambahkan keju, lada putih, herba campuran dan kacau sehingga keju cair.
- Hiaskan dengan herba dill dan hidangkan dengan sos keju.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.