Tart Mini Makanan Laut Pedas

Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 20 minit
Menghasilkan: 20 tart mini

Bahan-bahan

6 bijiBebola Udang Karang MUSHROOM, berbentuk bunga
3 batang Filamen Crabstick MUSHROOM, dihiris nipis
250 gcream cheese, dilembutkan
6 sudu besarsos pasta
1 batangcili merah, benih dibuang dan dipotong dadu
1 batangtimun kyuri, dihiris nipis
Garam dan lada secukup rasa
Chervil, sebagai hiasan
Kerak (Shell) Tart Mini Savori:
190 gtepung
128 gmentega tanpa garam
Secubit garam
4 sudu besarair sejuk

Langkah Penyediaan

  1. Dalam mesin memproses makanan, pukul tepung, mentega dan garam pada setting nadi sehingga doh dibentuk.
  2. Di atas permukaan yang ditaburkan dengan tepung, ratakan doh kepada 2 inci kemudian bungkuskan dengan clingfilm dan sejukkan supaya ia keras sedikit.
  3. Gulingkan doh kepada ketebalan ½ cm dan potong kepada 20 bulatan untuk dimasukkan dalam dulang tart. Cucuk beberapa lubang kecil sebelum membakar dalam ketuhar pada suhu 180°C untuk 10 minit. Ketepikan untuk menyejuk.
  4. Hiris Bebola Udang Karang MUSHROOM kepada 4 bulatan dan dengan menggunakan pemotong berbentuk bunga, potong kepada berbentuk bunga.
  5. Dalam satu mangkuk, tambahkan cream cheese, cili, sos pasta, garam dan lada. Gaul sehingga cream cheese berwarna merah jambu dan sudah dilembutkan.
  6. Letakkan dalam beg pipping dengan muncung rosette atau mana-mana muncung pilihan anda. Paipkan pada tart agak-agaknya 3 cm tinggi.
  7. Hiaskan dengan sekeping timun, Bebola Udang Karang MUSHROOM, 2 keping Filamen Crabstick MUSHROOM dan diikuti dengan chervil.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

 

About the author