Masa penyediaan: 35 minit
Masa memasak: 30 minit
Menghasilkan: 2 galette bersaiz sederhana
Bahan-bahan
Campuran Buah-Buahan: | ||
---|---|---|
250 g | pic hiris | |
1 bekas | blueberi | |
100 g | strawberi, dipotong tengah | |
1 sudu besar | gula aising + 1 sudu teh tepung jagung | |
Galette: | ||
185 g | tepung | |
30 g | badam kisar + 2 sudu besar | |
10 g | gula kastor | |
1 biji | telur QL Omega, dipukul | |
¼ sudu teh | garam | |
110 g | mentega, sejuk and dipotong kiub | |
2 sudu besar | air sejuk |
Langkah Penyediaan
- Campurkan semua bahan-bahan campuran buah-buahan bersama.
- Di dalam mesin pemukul, tambahkan masuk tepung, badam kisar, garam dan gula, dan pukul pada setting nadi sehingga sebati.
- Tambahkan mentega dan teruskan pukul pada setting nadi sehingga serbuk kasar terbentuk.
- Tambahkan setengah telur QL Omega yang telah dipukul, dan pukul sehingga adunan berserpih tetapi boleh melekat bersama.
- Guling dan leperkan adunan di antara dua helai cling film dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
- Bahagikan adunan kepada 2 bola dan gulingkan kepada ketebalan 1cm.
- Lipatkan sisi di sekeliling, lebih kurang 1 inci.
- Taburkan badam kisar sebelum menambahkan buah-buahan campur. Beruskan sisi dengan baki telur QL Omega yang telah dipukul.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 180°C selama 30-35 minit atau hingga perang keemasan.
Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.