Mi Sup Bebola Ikan Pedas Vietnam

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 50 minit
Sajian untuk: 5

Bahan-bahan

300 gkepala ikan (tilapia/tenggiri/kembung)
300 gtulang ayam
2 lair
3 bijibawang merah kecil, dibuang kulit
1 sudu tehgaram
1 sudu tehlada
1 sudu besarbawang merah kecil, dicincang
1 sudu besarminyak masak
3tomato, dipotong wedges
½ nenas, dibuang kulit dan dipotong wedges
1 sudu tehcili udang rangup
1 sudu tehgula
¼ sudu tehfine shrimp sauce (sos udang halus)
1 sudu tehsos ikan
1 ketulkiub stok ayam (terpulang)
300 gBebola Ikan Putih Beku MUSHROOM (S), dinyahbeku
300 gbihun Vietnam
Ramuan sampingan:
20 gdaun bawang, dicincang
20 gdaun ketumbar, dicincang
1limau, dipotong wedges
10 gcili padi, dihiris
Sayur mentah (kangkung atau taugeh)

Langkah Penyediaan

  1. Dalam periuk stok, tambahkan kepala ikan, tulang ayam, bawang merah kecil, garam, lada dan air. Biarkan mendidih dan buangkan sisa renehan dan bebuih yang terapung. Biarkannya mereneh selama 20 minit atas api rendah.
  2. Di dalam kuali, panaskan minyak masak dan tumiskan bawang merah dan cili udang rangup hingga wangi. Kemudian, tambahkan Bebola Ikan Putih Beku MUSHROOM dan tomato, dan goreng selama 1 minit lagi. Ketepikan seketika.
  3. Tapiskan stok, tuangkan ke dalam periuk atas api sederhana dan didihkan. Tambahkan nenas, campuran Bebola Ikan Putih Beku MUSHROOM dan tomato, dan reneh selama 15 minit lagi atas api yang rendah.
  4. Perisakan denga sos ikan, pes udang halus, garam dan kiub stok ayam (terpulang)
  5. Dalam mangkuk bersaiz sederhana, letakkan segenggam bihun yang telah dimasak, dengan Bebola Ikan Putih MUSHROOM, nenas dan tomato.
  6. Isikan sup ke dalam mangkuk dan hiasi dengan daun bawang dan daun ketumbar di atasnya.
  7. Sajikan serta merta dengan sayur, limau dan cili padi.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.

 

About the author