Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 15 minit
Sajian untuk: 2
Bahan-bahan
8 - 10 keping | bahan Pilihan Steamboat 6 dalam 1 QL MUSHROOM, dibelah tengah | |
---|---|---|
4 biji | bawang merah kecil, dihiris nipis | |
1 ulas | bawang putih, dihiris nipis | |
2 paket | udon segar, dimasak dengan air dan dikeringkan | |
2 - 3 sudu besar | minyak masak | |
Untuk Sos: | ||
6 ulas | bawang putih, dibuang kulit dan dicincang halus | |
1 sudu besar | kicap cair | |
1 sudu besar | kicap pekat | |
1 sudu besar | sos tiram | |
1 sudu besar | gula | |
2 sudu besar | lada hitam kisar | |
2 sudu besar | air | |
Segenggam daun bawang hijau sebagai hiasan |
Langkah Penyediaan
- Di dalam mangkuk, campurkan semua ramuan bersama hingga sebati.
- Panaskan minyak di dalam kuali, gorengkan bahan Pilihan Steamboat 6 dalam 1 QL MUSHROOM untuk 2-3 minit, keluarkan dan ketepikan.
- Dalam kuali yang sama, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Kemudian, tuangkan masuk sos.
- Tambahkan masuk udon dan gaul sebati. Tambahkan sedikit lagi air jika sos kelihatan kering.
- Reneh sehingga sos memekat.
- Akhirnya, tambahkan masuk bahan Pilihan Steamboat 6 dalam 1 QL MUSHROOM dan gaul sebati.
- Hiasi dengan daun bawang hijau sebelum menyaji.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.