Beberapa benda semestinya ada pada setiap Tahun Baru Cina. Limau mandarin adalah salah satu daripadanya! Buah klasik ini dinikmati tak kira muda atau tua untuk rasanya yang manis. Tahun Baru Cina tentu tak sama tanpa limau mandarin.
Oleh kerana buah ini begitu lazat, kami tak tahan untuk menggabungkannya bersama tart kastard untuk menghasilkan hidangan yang enak ini. Semestinya melazatkan rasa limau mandarin lagi.
Masa penyediaan: 45 minit
Masa membakar: 20 minit
Sajian untuk: 8 orang
Bahan-bahan
130 g | mentega (dengan garam) | |
---|---|---|
50 g | gula aising | |
2 biji | kuning telur QL Omega | |
210 g | tepung biasa | |
60 g | badam kisar | |
Inti Kastard Oren | ||
200 g | air | |
110 g | gula | |
50 g | tepung jagung + 50 g air | |
150 g | jus limau mandarin | |
1 sudu besar | pati oren | |
4 biji | kuning telur QL omega | |
1 sudu teh | parutan kulit limau Mandarin | |
Perhiasan | ||
300 g | limau Mandarin (dikupas) | |
sejambak daun pudina |
Langkah Penyediaan
- Untuk pastri, pukulkan mentega dan gula di dalam mangkuk sehingga pucat dan berkrim.
- Tambahkan kuning telur QL Omega dan pukulkan selama 1 minit.
- Lipatkan masuk tepung dan badam kisar. Gaul sehingga adunan terbentuk.
- Biarkan adunan rehat selama 10 minit.
- Bahagikan adunan dan tekan ke atas 8 biji acuan tart bersaiz sederhana.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 160°C selama 15 – 20 minit atau sehingga ia sedikit keemasan. Biarkannya menyejuk.
- Keluarkan dasar tart dari acuan dan biarkan seketika.
- Untuk inti kastard oren, didihkan air dan gula di dalam periuk. Gaulkan tepung jagung dan air dan pukulkan masuk campuran tersebut ke dalam sirap dan masak sehingga ianya pekat. Masak selama 30 saat.
- Pukulkan masuk jus limau mandarin, pati oren dan parutan kulit limau mandarin. Masak lagi selama 1 minit.
- Padamkan api dan pukulkan masuk kuning telur QL Omega.
- Tuangkan kastard oren ke dalam mangkuk dan biarkannya menyejuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk menyejuk lagi.
- Untuk memasang, isikan dasar tart dengan kastard oren dan susunkan limau mandarin ke atasnnya.
- Hiaskan dengan daun pudina.