Masa penyediaan: 15 minit
Masa membakar: 50 minit
Bahan-bahan
300 g | tepung, diayak |
---|---|
1½ sudu teh | serbuk penaik |
1½ sudu teh | soda bikarbonat |
1 sudu teh | garam |
75 g | gula perang |
38 g | oats cepat masak + 3 sudu besar untuk menabur |
150 g | gula |
1 biji | lemon, diparut zest (lebih kurang 1 sudu besar) dan dijuskan (lebih kurang 2 sudu besar jus) |
2 cawan | blueberi |
60 g | mentega, dilembutkan |
2 sudu besar | minyak canola |
1 | telur QL Omega, dipukul ringan |
250 ml | susu |
6 sudu besar | almond hiris, 2 sudu besar untuk menabur |
2 sudu besar | mentega, dicairkan |
Langkah Penyediaan
- Panaskan ketuhar pada 180°C.
- Dalam mangkuk yang besar, pukulkan bersama tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat, garam, gula perang, oat, gula dan zest lemon. Ketepikan seketika.
- Di dalam mangkuk besar berlainan, pukulkan bersama mentega lembut, minyak, telur QL Omega, susu dan jus lemon dengan mesin pemukul.
- Tambahkan campuran tepung secara beransuran kepada campuran tepung sehingga sebati.
- Tambahkan blueberi dan lipatkan masuk dengan cermat.
- Minyakkan mangkuk casserole 10"x 6” atau 8”x8”. Tuangkan campuran ke dalamnya.
- Taburkan sedikit oat dan badam hiris ke atasnya.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan selama 45-50 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
- Setelah sejuk, hiriskan dan saji.
Petua Chef:
Kek ini boleh disajikan sejuk atau suam bersamping dengan krim atau ais krim.