Kek Oatmeal Badam Blueberi QL Egg

Masa penyediaan: 15 minit
Masa membakar: 50 minit

Bahan-bahan

300 gtepung, diayak
1½ sudu tehserbuk penaik
1½ sudu tehsoda bikarbonat
1 sudu tehgaram
75 ggula perang
38 goats cepat masak + 3 sudu besar untuk menabur
150 ggula
1 bijilemon, diparut zest (lebih kurang 1 sudu besar) dan dijuskan (lebih kurang 2 sudu besar jus)
2 cawanblueberi
60 gmentega, dilembutkan
2 sudu besarminyak canola
1telur QL Omega, dipukul ringan
250 mlsusu
6 sudu besaralmond hiris, 2 sudu besar untuk menabur
2 sudu besarmentega, dicairkan

Langkah Penyediaan

  1. Panaskan ketuhar pada 180°C.
  2. Dalam mangkuk yang besar, pukulkan bersama tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat, garam, gula perang, oat, gula dan zest lemon. Ketepikan seketika.
  3. Di dalam mangkuk besar berlainan, pukulkan bersama mentega lembut, minyak, telur QL Omega, susu dan jus lemon dengan mesin pemukul.
  4. Tambahkan campuran tepung secara beransuran kepada campuran tepung sehingga sebati.
  5. Tambahkan blueberi dan lipatkan masuk dengan cermat.
  6. Minyakkan mangkuk casserole 10"x 6” atau 8”x8”. Tuangkan campuran ke dalamnya.
  7. Taburkan sedikit oat dan badam hiris ke atasnya.
  8. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan selama 45-50 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
  9. Setelah sejuk, hiriskan dan saji.

Petua Chef:

Kek ini boleh disajikan sejuk atau suam bersamping dengan krim atau ais krim.

About the author