Sup ayam yang klasik ini diberi makna yang baru dengan versi yang pedas lagi berkhasiat, sempurna untuk dikongsi dengan si kesayangan anda.
Campuran rempah ratus memberi sup ini kewangiannya manakala ayam pula memperkayakan lagi rasanya yang istimewa. Resepi ini sesuai bagi mereka yang lebih prihatin kepada kesihatan, di mana ia tinggi dengan antioksidan, penuh dengan protein dan rendah kandungan lemaknya.
Untuk resepi ini, kami mengesyorkan Pilihan Steamboat 6 dalam 1 MUSHROOM, yang memberi anda semua bahan steamboat kegemaran anda dalam satu paket yang mudah. Ayuh tunggu apa lagi!
Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 20 minit
Sajian untuk: 8
Bahan-bahan
Untuk dikisar: | ||
---|---|---|
2 biji | bawang merah besar | |
2 ulas | bawang putih | |
10 g | halia | |
1/4 sudu teh | serbuk kunyit | |
1 sudu teh | serbuk lada hitam | |
1/2 sudu teh | serbuk jintan putih | |
1/2 sudu besar | serbuk kurma | |
60 ml | minyak | |
Ramuan lain: | ||
400 g | ayam | |
3 l | air | |
3 biji | buah pelaga | |
1 batang | kayu manis | |
2 biji | cengkih | |
2 biji | bunga lawang | |
1 batang | lobak merah (dipotong ketul) | |
3 paket | Pilihan Steamboat 6 Dalam 1 MUSHROOM 500g | |
20 g | daun saderi | |
2 sudu teh | bawang goreng | |
1 sudu teh | garam |
Langkah Penyediaan
- Kisarkan bersama semua bahan-bahan untuk kisar dan tumis sehingga wangi.
- Kemudian, tambahkan ayam, air, buah pelaga, kayu manis, cengkih, bunga lawang dan lobak merah.
- Reneh selama 20 minit dan tambahkan garam, bawang goreng serta daun saderi.
- Untuk menyaji, tuangkan sup ke periuk steamboat dan didihkan. Tambahkan ramuan steamboat dan biarkannya mendidih lagi.
- Bila masak, sendukkan dan nikmatilah dengan sos mencelup kegemaran anda, bawang goreng, daun bawang potong atau ramuan sampingan yang lain.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.