Roti Mini Kentang dan Chia Seed QL Egg

Bahan-bahan

170 gtepung protein tinggi
9 gserbuk susu
2 ggaram
34 ggula pasir
13 gchia seed
30 gmentega tanpa garam
34 gtelur QL Omega
50 gubi kentang rebus, dilenyek
42 gubi kentang, dipotong kiub
68 mlair sejuk
1 sudu tehyis segera kering
1 bijitelur QL Omega, dipukul ringan untuk egg wash
½ sudu tehchia seed untuk menabur

Langkah Penyediaan

  1. Bakar 42g kentang selama 10 minit dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 200°C. Ketepikan untuknya menyejuk.
  2. Sebatikan yis, gula dan air di dalam mangkuk dan tutupkannya. Biarkan di tempat yang suam selama 20 minit atau sehingga yis berbuih dan aktiv. Kemudian, tambahkan kentang lenyek.
  3. Di dalam mesin mixer dengan kepala mengadun, tambahkan tepung, susu, garam dan campuran yis. Adunkan sehingga sebati.
  4. Tambahkan mentega dan telur QL Omega. Adun selama 5-7 minit lagi sehingga semua ramuan sebati.
  5. Keluarkan adunan dari mixer dan adunkan kepada bentuk bola. Letakkan di dalam mangkuk dan tutupkannya. Biarkannya untuknya naik selama 90 minit.
  6. Tumbukkan adunan untuk mengeluarkan udara darinya, tambahkan chia seed dan kentang bakar. Adun selama 3-4 minit.
  7. Ulikan adunan kepada ketebalan 3cm dan potong kepada segi empat 4x4 cm. Ulangi dengan baki adunan.
  8. Gulungkan adunan kepada bebola dan letakkan di atas dulang yang telah dialas dengan kertas parchment.
  9. Tekankan adunan dengan ringan dan beruskan dengan egg wash. Taburkan sedikit chia seed ke atasnya.
  10. Biarkannya naik selama 20 minit lagi.
  11. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 15 minit atau sehingga ia berwana perang.

About the author