Inilah resepi Tauhu Makanan Laut dan Sayuran Belanga kami yang senang disediakan lagi sedap.
Hidangan ini lengkap dengan kombinasi sayuran dan tauhu makanan lautnya. Kemanisan sos renehan dari sayuran dan makanan laut amat sesuai untuk dihidangkan dengan nasi.
Anda memerlukan udang dan/atau sotong, kemudian tambahkan sayuran kegemaran anda. Biasanya, kami menggunakan broccoli, jagung muda, lobak merah, cendawan malah kubis bunga ataupun saderi. Jangan lupakan Tauhu Makanan Laut QL MUSHROOM untuk sumber protein berkualiti dan enak, yang diperbuat daripada daging ikan yang berkualiti tinggi dan diproses halus. Tauhu Makanan Laut QL MUSHROOM mempunyai tekstur yang lembut licin dan tidak mempunyai bau ikan yang hanyir. Sempurna untuk masakan belanga ini!
Tak kira jika anda lebih suka gunakan belanga, periuk keluli mahupun periuk corning, hidangan ini akan sedia dihidangkan dalam masa 30 minit!
Bahan-bahan
1 paket | Tauhu Makanan Laut QL MUSHROOM (180 gm), dinyahbeku | |
---|---|---|
100 g | udang bersaiz sederhana, dibuang kulit dan dibersihkan | |
50 g | kacang kara, hujungnya dibuang | |
30 g | lobak merah, dihiris nipis | |
100 g | cendawan shiitake segar (atau 10 keping cendawan shiitake kering, direndam untuk melembutkannya) | |
6 batang | jagung muda, dibelah tengah tegak, lebih kurang panjang 3cm | |
100 g | broccoli, dipotong | |
2 sudu besar | minyak masak | |
3 ulas | bawang putih, dicincang | |
Kuah/Sos (Campurkan): | ||
2 sudu besar | sos tiram | |
ΒΌ sudu teh | kicap pekat | |
1 sudu besar | kicap cair | |
1 sudu teh | minyak bijan | |
300 ml | air atau air rebusan ayam | |
Pemekat (campurkan) | ||
2 sudu teh | tepung jagung | |
3 sudu besar | air |
Langkah Penyediaan
- Panaskan minyak di dalam belanga, dan tumis bawang putih sehingga wangi. Tambahkan Tauhu Makanan Laut QL MUSHROOM dan goreng selama 2 minit. Tambahkan udang dan goreng untuk 2 minit lagi.
- Masukkan campuran sos, broccoli, lobak merah, cendawan, kacang kara dan jagung muda, gaulkan serata. Biarkan mereneh atas api yang kecil selama 3 - 5 minit.
- Gaulkan masuk campuran pemekat dan biarkan didihkan.
- Matikan api dan hidangkan serta-merta dengan nasi.
Petua QL Kitchen:
- Jika anda tidak mempunyai belanga, anda juga boleh gunakan periuk atau kuali biasa. Anda juga boleh tambahkan kubis Cina (lebih kurang 3 x 4 cm), saderi (dihiris) atau kubis bunga jika anda suka
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk MUSHROOM dan di mana anda boleh mendapatinya, sila klik di sini.