Cupcake Vanila Berisi Strawberi

Cupcake vanila ini diberi gaya yang baru dengan tambahan strawberi segar di tengah setiap cupcake. Anda akan seperti sedang menikmati shortcake strawberi bila menikmati cupcake ini. Lebih elok lagi, ia juga datang dengan topping whipped cream!

Tambahan pula, resepi cupcake ini diperbuat dengan menggunakan telur QL Omega kami yang berkualiti, dihasilkan dalam ternakan yang terkawal ketat dan mengandungi kolestrol 50% lebih rendah berbanding telur biasa

Gunakanlah strawberi yang berbentuk seragam supaya ianya muat dengan mudah di dalam lubang yang dipotong. Isikan cupcake sejurus sebelum dihidangkan supaya ianya kekal segar dan whipped cream tidak mencair.

 

Masa penyediaan: 40 minit
Masa memasak: 25 minit
Menghasilkan: sehingga 8 cupcake

Bahan-bahan

Untuk Cupcake Vanila:
110 gtepung kek
73 gtepung biasa
1¼ sudu tehserbuk penaik
140 ggula kastor
130 gmentega, dipotong kiub dan dibiarkan melembut
2 bijitelur QL Omega
140 mlsusu
¾ sudu tehesen vanila
Chantilly Cream:
250 mlwhipping cream
2 sudu besargula icing, diayak
Beberapa titik esen vanila

Langkah Penyediaan

  1. Panaskan ketuhar kepada 180C.
  2. Ayakkan bersama tepung dan serbuk penaik. Kemudiannya, gabungkan dengan gula.
  3. Pukulkan campuran tepung dan gula bersama dengan mentega sehingga ianya seiras dengan serpihan roti yang halus.
  4. Perlahankan kelajuan pemukul dan tambahkan telur QL Omega satu persatu.
  5. Tuangkan masuk dengan perlahan, susu dan esen vanila, dan pukulkan sehingga sebati.
  6. Alaskan tin cupcake dengan cawan kertas cupcake, atau cawan cupcake bersendirian, dan isikan sehingga 2/3 penuh.
  7. Bakar selama 25 minit atau sehingga masak. Pastikan cupcake menyejuk sepenuhnya sebelum mengisikannya.
  8. Setelah cupcake menyejuk sepenuhnya, korekkan lubang di bahagian tengah, berbentuk seperti bahagian tengah (atau 2/3) bawah strawberi. Potongkan bahagian tengah (atau 1/3) atas strawberi dan isikan strawberi ke dalam lubang pada cupcake. Ulangi dengan cupcake dan strawberi yang lain.
  9. Untuk menyediakan Chantilly cream, pukulkan krim dan gula icing di dalam mangkuk pemukul yang telah disejukkan terdahulu (atau sejukkan dahulu bahagian pemukul whisk) sehingga puncak lembut dicapai. Lipatkan masuk esen vanila.
  10. Sebelum menyaji, paipkan Chantilly cream atau topping whipped ke atas setiap cupcake.

 

Petua QL Kitchen

  • Kehabisan strawberi? Anda boleh juga mencuba resepi ini dengan buah-buahan lain seperti blueberi, raspberi….
  • Resepi vanila cupcake ini sesuai sebagai kejutan untuk ibu yang dikasihi sempena Hari Ibu yang menjelang!

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author