Muffin Blueberry Granola

Bermula dengan tekstur muffin yang ringan gebu, anda akan perasan sejenis tekstur yang rangup di atasnya…dari granola! Rasa yang seterusnya adalah blueberry yang manis dan sempurna dipadankan dengan granola yang rangup! Ya, resepi Muffin Blueberry Granola ini memangnya enak untuk dijamu. Tambahan juga, blueberry juga merupakan sumber khasiat yang baik, penuh dengan vitamin dan antioksidan. Jangan lupa juga, granola juga penuh dengan serat yang bermanfaat untuk system penghadaman dan kesihatan kardiovaskular kita.

Pastikan anda melebihkan kandungan nutrisi untuk resepi Muffin Blueberry Granola ini dengan menggunakan telur QL Omega. Ianya mengandungi kolesterol 50% lebih rendah berbanding telur biasa dan kaya dengan Omega-3, yang dikaitkan dengan pengurangan risiko menghidapi penyakit kardiovaskular!

 

Masa penyediaan: 40 minit
Masa memasak: 30 minit
Menghasilkan: 12 muffin bersaiz sederhana

Bahan-bahan

Adunan Muffin:
190 gtepung biasa
2 sudu tehserbuk penaik
80 ggula halus
60 ggula perang
125 gblueberry segar, dibasuh dan dikeringkan
130 gmentega, dicairkan dan dibarkan sejuk
2 bijitelur QL omega besar, dipukul ringan
140 mlsusu
½ sudu tehesen vanila
1Kikisan kulit 1 biji lemon (zest)
Topping Granola:
80 gtepung biasa
40 ggula perang
70 gmentega
30 goat segera

Langkah Penyediaan

  1. Untuk menyediakan topping granola, panaskan ketuhar kepada 180C.
  2. Panggangkan oat segera di dalam ketuhar selama 5-6 minit sehingga warnanya perang keemasan. Biarkannya menyejuk.
  3. Gabungkan (dengan tangan) bersama tepung biasa, gula perang, oat yang telah dipanggang dan mentega. Biarkan di dalam peti sejuk sehingga sedia diguna.
  4. Untuk menyediakan adunan muffin, ayakkan bersama tepung dan serbuk penaik. Campurkan tepung dengan gula (perang dan halus) dan blueberry, dan ketepikan satu pertiga blueberry until digunakan nanti.
  5. Dalam mangkuk yang berasingan, pukulkan bersama mentega, telur QL Omega, susu, esen vanila dan kikisan kulit lemon.
  6. Campurkan bahan-bahan kering dan basah sehingga ia sebati.
  7. Untuk memasang, bahagikan adunan ke dalam cawan muffin kertas bersaiz sederhana sehingga ¾ penuh.
  8. Taburkan topping granola ke atas setiap muffin. Tambhankan dua atua tiga blueberry yang disimpan tadi di bawah lapisan granola (ini akan menghasilkan atas muffin yang cantic dengan blueberry separa terlihat setelah dibakar).
  9. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan selama 25 minit atau sehingga masak.

 

Telur QL Omega dan QL Deli Fresh boleh didapati dari pasaraya-pasaraya yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai QL Eggs, sila klik di sini.

 

About the author