Pai Shepherd Mini Figo

Pai Shepherd adalah hidangan British klasik yang lawa dan kebanyakan orang mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk menyediakannya.

Hari ini, kami membawa resepi pai shepherd ini kepada tahap yang baru dengan menyediakannya bersama cawan pastri Spring Roll Figo. Pengubahsuaian yang kecil ini menghasilkan kulit yang rangup untuk memadani inti pai yang enak dan keju cheddar bakar.

 

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 20 minit
Menghasilkan: 10

Bahan-bahan

Untuk inti pai:
1 sudu besarminyak
300 gdaging kambing kisar
1 sudu besartepung biasa
½ cawanbawang besar, dicincang
2 ulasbawang putih, dicincang
1 batanglobak merah, dipotong dadu
¼ batangsaderi, dipotong dadu kecil
¼ cawanpuri tomato
2 sudu tehpes tomato
½ cawanair atau stok ayam
1 sudu tehsos Worcestershire
2 sudu tehherba campur kering (mixed dried herbs)
¼ cawansayuran campur beku
Garam dan lada secukup rasa
Ramuan lain:
½ paketPastri Spring Roll Figo
Minyak untuk menyapu tin muffin
Segenggam keju cheddar parut
Untuk perhiasan:
Segenggam parsli segar
Pastri Spring Roll Figo bakar, dipotong hirisan kecil

Langkah Penyediaan

  1. Panaskan ketuhar kepada 180C.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Gaulkan masuk lobak merah, saderi dan daging kambing kisar dan masak sepenuhnya. Tambahkan tepung dan masak sehingga sebati.
  3. Tambahkan air atau stok, puri tomato, pes tomato, sos Worcestershire dan herba, dan gaul sebati. Biarkannya mereneh selama 10 minit atau sehingga kuah telah memekat sedikit. Tambahkan sayuran campur beku dan perisakan dengan garam dan lada. Biarkan seketika.
  4. Sapukan tin muffin dengan sedikit minyak.
  5. Untuk menyediakan cawan popiah, alaskan sehelai Pastri Spring Roll Figo. Beruskan sedikit minyak ke atas pastri dan alaskan sehelai lagi pastri di mana bucunya tidak bertindih di atas lapisan pertama. Ulangi dengan lapisan ketiga.
  6. Sudukan inti ke dalam cawan popiah dan taburkan keju cheddar. Ulangi untuk baki pai shepherd mini.
  7. Bakar selama 15 – 20 minit atau sehingga perang dan rangup. Biarkannya menyejuk selama 10 minit sebelum menyaji.
  8. Hiaskan dengan parsli segar dan hirisan Pastri Spring Roll Figo.

 

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai produk QL Figo Foods dan di mana anda boleh mendapatkannya, sila klik di sini.

 

About the author